Connect with us

Terkini

Hadi kecewa negara Islam, Arab tidak bermati-matian lawan kekejaman Israel

Sikap kebanyakan negara Islam dan Arab dalam menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin dilihat mengecewakan di saat negara barat diketuai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Eropah bermati-matian bersama rejim zionis itu, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Hadi kecewa negara Islam, Arab tidak bermatian-matian lawan kekejaman Israel
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Sikap kebanyakan negara Islam dan Arab dalam menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin dilihat mengecewakan di saat negara barat diketuai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Eropah bermati-matian bersama rejim zionis itu, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 
  • Abdul Hadi berkata negara Islam dan Arab hanya menjadi penonton atau menjadi buah catur diatur Israel dan negara sekutunya supaya menormalisasikan kekejaman rejim itu. 
  • “Barat bukan sahaja membekalkan segala jenis senjata, bahkan terlibat berperang secara nyata dan tidak boleh bersembunyi. Serangan Amerika Syarikat dan British ke atas Yaman ialah penglibatan secara langsung dalam peperangan bagi membantu Israel dan demi menyelamatkan ekonomi negara haram itu, disebabkan sekatan Yaman terhadap Israel.
  • “Adapun kebanyakan negara Islam dan Arab pula mengecewakan. Mereka hanya menjadi penonton atau ada yang menjadi buah catur yang diatur oleh zionis dan negara sekutunya, supaya melakukan normalisasi terhadap zionis yang nyata kekejamannya. 
  • “Zionis juga memaksa Palestin menjadi mangsa kekejaman yang paling dahsyat itu untuk mengikuti arahan, supaya Palestin menyerah kalah, rakyat asalnya berpindah mengikut tempat yang ditentukan oleh zionis, atau mewujudkan negara boneka kepada zionis,” katanya menerusi hantaran Minda Presiden PAS di Facebook di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sikap kebanyakan negara Islam dan Arab dalam menentang kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin dilihat mengecewakan di saat negara barat diketuai Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Eropah bermati-matian bersama rejim zionis itu, kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Abdul Hadi berkata negara Islam dan Arab hanya menjadi penonton atau menjadi buah catur diatur Israel dan negara sekutunya supaya menormalisasikan kekejaman rejim itu. 

“Barat bukan sahaja membekalkan segala jenis senjata, bahkan terlibat berperang secara nyata dan tidak boleh bersembunyi. Serangan Amerika Syarikat dan British ke atas Yaman ialah penglibatan secara langsung dalam peperangan bagi membantu Israel dan demi menyelamatkan ekonomi negara haram itu, disebabkan sekatan Yaman terhadap Israel.

“Adapun kebanyakan negara Islam dan Arab pula mengecewakan. Mereka hanya menjadi penonton atau ada yang menjadi buah catur yang diatur oleh zionis dan negara sekutunya, supaya melakukan normalisasi terhadap zionis yang nyata kekejamannya. 

“Zionis juga memaksa Palestin menjadi mangsa kekejaman yang paling dahsyat itu untuk mengikuti arahan, supaya Palestin menyerah kalah, rakyat asalnya berpindah mengikut tempat yang ditentukan oleh zionis, atau mewujudkan negara boneka kepada zionis,” katanya menerusi hantaran Minda Presiden PAS di Facebook di sini, hari ini. 

Beliau berkata keseluruhan negara sekutu Israel dikuasai rejim itu melalui jenteranya iaitu Freemason dan cabang-cabang tersebut berjaya memasuki bidang politik, ekonomi, media, pendidikan, hiburan dan lain-lain dalam negara masing-masing. 

Katanya, walaupun berlaku kebangkitan rakyat melalui protes terbuka terhadap kerajaan mereka dan adanya pungutan suara majoriti yang mempamerkan kebencian terhadap kezaliman rejim Israel, keadaan itu tidak mampu mengubah sikap kerajaan masing-masing yang mahu sehidup semati bersama rejim itu. 

“Perlu diketahui bahawa zionis telah berjaya meletakkan ahlinya ke dalam parti-parti yang berkuasa memerintah negara tersebut (negara sekutu Israel) atau sesiapa sahaja yang boleh digunakan oleh zionis menjadi alatnya. Maka, calon-calon tersebut dimenangkan melalui pilihan raya demokrasi secara rasuah dan menipu bagi memenangkan sesiapa sahaja yang paling kuat bersama zionis.

“Sehinggakan, semua negara tersebut (negara sekutu Israel) dapat mempengaruhi semua pertubuhan antarabangsa; bermula daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), sehinggalah agensi media yang paling besar dan berpengaruh,” katanya. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata negara Islam dan Arab pula disusun kuasa dan kedudukan mereka sejak pembahagian Perjanjian Sykes-Picot dan lain-lain di negara masing-masing dengan sogokan takhta. 

Beliau berkata negara Islam dan Arab turut disogok dengan harta yang menarik nafsu manusia sehingga mereka sanggup meninggalkan pegangan agama dan hilang jiwa bangsa mereka. 

“Perasaan kemanusiaan hilang dengan menyokong penubuhan negara haram Israel walaupun secara merampas tanah air daripada penduduk asal yang benar-benar berhak, dan diberikan kepada yang tidak berhak dari segi sejarahnya yang sebenar,” katanya. 

Abdul Hadi memberi peringatan kepada negara Islam dan Arab yang mengecewakan Palestin atau bersama rejim Israel bahawa tindakan mereka berpunca daripada tidak beriman kepada amaran Allah ataupun kerana buta al-Quran. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *