Connect with us

Terkini

Bahasa Melayu akan pupus jika bahasa lain diutamakan dalam majlis formal

Bahasa Melayu akan mengalami kepupusan sekiranya trend penggunaan bahasa lain lebih diutamakan dalam mana-mana acara formal, terutama program anjuran kerajaan. 

Wartawan TMT

Published

on

Bahasa Melayu akan pupus jika bahasa lain diutamakan dalam majlis formal
Foto: Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • Bahasa Melayu akan mengalami kepupusan sekiranya trend penggunaan bahasa lain lebih diutamakan dalam mana-mana acara formal, terutamanya program anjuran kerajaan. 
  • Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu akan pupus dalam bentuk anjakan kepada bahasa lain.
  • “Bahasa Melayu akan beralih daripada bahasa penting kepada bahasa kecil apabila peranannya diambil alih oleh bahasa lain antaranya bahasa Inggeris dan Mandarin.
  • “Ini sudah tentu tidak bagus untuk negara kita terutama generasi akan datang,” kata Kok Seong dipetik Harian Metro di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian mengulas penganjuran banyak majlis termasuk program agensi kerajaan mengabaikan Bahasa Melayu apabila menggunakan bahasa lain.

KUALA LUMPUR – Bahasa Melayu akan mengalami kepupusan sekiranya trend penggunaan bahasa lain lebih diutamakan dalam mana-mana acara formal, terutama program anjuran kerajaan. 

Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata Bahasa Melayu akan pupus dalam bentuk anjakan kepada bahasa lain.

“Bahasa Melayu akan beralih daripada bahasa penting kepada bahasa kecil apabila peranannya diambil alih oleh bahasa lain antaranya bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Ini sudah tentu tidak bagus untuk negara kita terutama generasi akan datang,” katanya dipetik Harian Metro di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas penganjuran banyak majlis termasuk program agensi kerajaan mengabaikan Bahasa Melayu apabila menggunakan bahasa lain.

Mengulas lanjut, Kok Seong yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) berkata penggunaan bahasa lain dalam acara rasmi dianjurkan agensi kerajaan merupakan trend salah dan tidak sepatutnya berlaku.

“Sepatutnya lebih-lebih lagi agensi kerajaan perlu memartabatkan bahasa kebangsaan dengan menggunakannya dalam mana-mana acara dianjurkan.

“Apatah lagi, ini memang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) selain Pekeliling Pemerkasaan Penggunaan bahasa kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam pada 2020,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending