Connect with us

Terkini

Zahid Hamidi bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan Badan Peguam yang mempertikai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes terhadapnya menyebabkan beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pada September lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Zahid Hamidi bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan Badan Peguam yang mempertikai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes terhadapnya menyebabkan beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pada September lalu.
  • Peguam Guok Ngek Seong mewakili Presiden Umno itu dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata bantahan tersebut akan difailkan sebelum 11 Januari 2024. 
  • Mahkamah menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes sebelum ini, untuk mendengar permohonan Badan Peguam bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung keputusan Peguam Negara tersebut.
  • Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi  daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram  (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
  • Pada 2 Disember lalu, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan  Zahid Hamidi selaku responden, memohon perintah keputusan Peguam Negara yang memohon Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan, dibatalkan.

KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantah tindakan Badan Peguam yang mempertikai keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes terhadapnya menyebabkan beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan pada September lalu.

Peguam Guok Ngek Seong mewakili Presiden Umno itu dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata bantahan tersebut akan difailkan sebelum 11 Januari 2024. 

Mahkamah menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes sebelum ini, untuk mendengar permohonan Badan Peguam bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berhubung keputusan Peguam Negara tersebut.

Pada 4 September lalu, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi  daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram  (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.

Pada 2 Disember lalu, Badan Peguam yang menamakan Peguam Negara dan  Zahid Hamidi selaku responden, memohon perintah keputusan Peguam Negara yang memohon Timbalan Perdana Menteri itu dilepas tanpa dibebaskan, dibatalkan.

Badan Peguam itu turut memohon perisytiharan keputusan Peguam Negara tersebut adalah batal dan tidak sah serta dibuat melebihi bidang kuasa dan kuasa diberikan kepada responden pertama mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Turut dimohon ialah satu perisytiharan bahawa keputusan itu tidak munasabah, tercemar dengan tidak rasional.

Berikutan itu, Badan Peguam selaku pemohon tunggal, memohon perintah mandamus daripada mahkamah untuk mengarahkan Peguam Negara bertindak mengikut undang-undang – dan jika menganggap sesuai dan wajar – untuk bertindak mengikut Seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah dengan mendakwa semula Zahid Hamidi .

Sebagai alternatif, Badan Peguam memohon perintah untuk mengarahkan Peguam Negara membekalkannya dengan maklumat, dokumentasi, sebab, asas dan butir-butir yang ia bergantung untuk mencapai keputusan bagi memohon DNAA terhadap Zahid Hamidi.

Badan Peguam memberikan alasan dalam permohonannya, Peguam Negara bertindak secara ultra vires (bertentangan) bidang kuasa ketika memohon DNAA dan keputusan itu juga tidak munasabah dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending