Antarabangsa
Wakil rakyat India mahu sijil halal diharamkan di Maharashtra
Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) Parti Bharatiya Janata (BJP), Nitesh Rane menuntut pengharaman sijil halal barangan makanan di Maharashtra susulan kerajaan partinya memutuskan demikian di Uttar Pradesh.
- Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) Parti Bharatiya Janata (BJP), Nitesh Rane menuntut pengharaman sijil halal barangan makanan di Maharashtra susulan kerajaan partinya memutuskan demikian di Uttar Pradesh.
- Kerajaan negeri Uttar Pradesh pada 18 November lalu, melarang pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk makanan mempunyai sijil halal berkuat kuasa serta-merta, bagaimanapun ia mengecualikan produk yang dikilang untuk eksport.
- “Halal, jihad dan cinta jihad adalah kebimbangan utama. Wang yang dikumpul atas nama sijil halal digunakan untuk membiayai keganasan. Ia digunakan untuk menentang agama Hindu. Kami mempunyai semua bukti berkaitan perkara ini.
- “Maharashtra sepatutnya mengharamkan sijil halal dengan cara sama seperti dilakukan kerajaan Uttar Pradesh. Terdapat dua syarikat menyediakan sijil itu. Mereka juga dari Maharashtra,” kata Rane dipetik Deccan Herald di premis kompleks Vidhan Bhavan di Nagpur pada Rabu lalu.
- Pada tahun lalu, kumpulan Hindutva mengadakan program kesedaran tentang ‘Halal Jihad’ di mana kelompok itu memanggil konsep halal diguna pakai umat Islam sebagai ‘syaitan’.
- Beberapa kumpulan Hindutva membangkitkan ‘kebimbangan’ terhadap produk Halal yang mendapat penerimaan meluas di seluruh dunia.
MUMBAI — Ahli Dewan Undangan Negeri (MLA) Parti Bharatiya Janata (BJP), Nitesh Rane menuntut pengharaman sijil halal barangan makanan di Maharashtra susulan kerajaan partinya memutuskan demikian di Uttar Pradesh.
Kerajaan negeri Uttar Pradesh pada 18 November lalu, melarang pengeluaran, penyimpanan, pengedaran dan penjualan produk makanan mempunyai sijil halal berkuat kuasa serta-merta, bagaimanapun ia mengecualikan produk yang dikilang untuk eksport.
Rane mendakwa wang dikumpul daripada proses melibatkan sijil halal itu digunakan untuk membiayai keganasan.
“Halal, jihad dan cinta jihad adalah kebimbangan utama. Wang yang dikumpul atas nama sijil halal digunakan untuk membiayai keganasan. Ia digunakan untuk menentang agama Hindu. Kami mempunyai semua bukti berkaitan perkara ini.
“Maharashtra sepatutnya mengharamkan sijil halal dengan cara sama seperti dilakukan kerajaan Uttar Pradesh. Terdapat dua syarikat menyediakan sijil itu. Mereka juga dari Maharashtra,” katanya dipetik Deccan Herald di premis kompleks Vidhan Bhavan di Nagpur pada Rabu lalu.
Pada 21 November lalu, The Merdeka Times melaporkan Kerajaan negeri Uttar Pradesh mengenakan sekatan itu yang melibatkan produk seperti tenusu, bahan bakeri minyak biji-bijian, minyak biji pudina, makanan ringan dan minyak masak.
Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti itu.
Susulan itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa kerajaan India untuk campur tangan dalam tindakan pihak berkuasa Uttar Pradesh tersebut.
Mohd Azmi berkata tindakan mendadak itu satu keputusan bersifat diskriminasi dan menindas hak masyarakat Islam di negara itu.
Pada tahun lalu, kumpulan Hindutva mengadakan program kesedaran tentang ‘Halal Jihad’ di mana kelompok itu memanggil konsep halal diguna pakai umat Islam sebagai ‘syaitan’.
Beberapa kumpulan Hindutva membangkitkan ‘kebimbangan’ terhadap produk Halal yang mendapat penerimaan meluas di seluruh dunia.
Berikutan itu, wakil awam BJP bimbang dengan produk halal yang dilihat akan menjejaskan perniagaan Hindu dengan ketara. — The Merdeka Times