Connect with us

Antarabangsa

Tentera zionis Israel ‘hukum bunuh’ wanita, kanak-kanak dan bayi Palestin di sekolah

Tentera rejim pengganas zionis Israel semalam membunuh wanita, kanak-kanak dan bayi yang berlindung di Sekolah Shadia Abu Ghazala di utara Gaza, persis gaya ‘hukuman mati’.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tentera rejim pengganas zionis Israel semalam membunuh wanita, kanak-kanak dan bayi yang berlindung di Sekolah Shadia Abu Ghazala di utara Gaza, persis gaya ‘hukuman mati’.

Seorang saksi berkata mayat-mayat ditembak pada jarak dekat (point-blank) itu ditemui bertimbun dalam salah sebuah bilik kelas, termasuk mayat bayi baru lahir.

“Tentera Israel masuk dan melepaskan tembakan ke arah mereka. Mereka mengambil seorang lelaki tua (bersama). 

“Tentera Israel menyerbu sekolah, mengambil semua lelaki, kemudian memasuki kelas dan melepaskan tembakan ke arah seorang wanita dan semua kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir yang bersama mereka.

“Dirinya (merujuk kepada seorang wanita), suaminya, kelapan-lapan anaknya dan sepupunya. Tentera-tentera Israel itu membunuh keluarga yang tidak bersalah tersebut pada jarak dekat (point-blank),” kata saksi wanita dalam video laporan Al Jazeera mengenai insiden itu.

Wartawan, Hani Mahmoud dilaporkan berkata kawasan sekitar sekolah itu berada di bawah serangan udara dan bedilan kereta kebal yang dahsyat dengan kehadiran banyak kereta kebal Israel selama beberapa hari di kawasan itu.

“Sumber yang bercakap kepada kami di sekolah itu berkata, apabila pertempuran semakin sengit dengan pengeboman yang semakin agresif, ramai orang dari kawasan itu meninggalkan rumah mereka… dan mula memasuki sekolah tersebut, melihatnya sebagai tempat berlindung,” kata wartawan itu dipetik Jordan News.

Terdahulu, saksi-saksi di sekitar sekolah itu mengesahkan kawasan tersebut dibom dengan dahsyat, tetapi sekolah berkenaan tidak musnah sepenuhnya.

Situasi pengeboman itu dilihat konsisten dengan penemuan mayat mangsa kezaliman zionis dalam bilik kelas di sekolah yang terletak di barat kem pelarian Jabalia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending