Connect with us

Terkini

Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting – MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Resolusi UNSC mengenai Gaza gagal tangani isu penting – MAPIM
Foto: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.
  • Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini merupakan resolusi yang tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.
  • “Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.
  • “Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) semalam menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) telah menerima pakai resolusi Jeda Kemanusiaan di Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ini merupakan resolusi yang tidak menampakkan ketegasan dan tidak menangani isu utama iaitu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

“Malah sehari selepas resolusi itu diluluskan, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata 166 warga Palestin terkorban, 384 cedera dalam serangan Israel dalam 24 jam lepas.

“Resolusi itu tidak bermakna jika serangan Israel tidak dinoktahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun resolusi ini mengikat dari segi undang-undang antarabangsa, banyak resolusi Majlis Keselamatan yang mengikat dari segi undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi Israel.

Pada Jumaat lepas UNSC meluluskan satu resolusi agar akses kepada bantuan kemanusiaan ke Gaza dipercepatkan, dijamin selamat dan diperluaskan serta mewujudkan suasana sesuai bagi menghentikan kekejaman. — BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ratusan penunjuk perasaan Jordan protes dan sekat trak barangan ke Israel

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penunjuk perasaan di Jordan menyekat trak barangan menuju ke Israel.
  • Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.
  • The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.
  • Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.
  • Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel, melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.
  • Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Ratusan penunjuk perasaan di Jordan membentuk rantaian manusia minggu lalu bertujuan menyekat trak barangan menuju ke Israel di tengah-tengah serangan kejam rejim itu ke atas Gaza.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

The New Arab melaporkan protes itu diadakan berhampiran Jambatan Na’ima di lebuh raya menuju ke bandar Irbid, utara Jordan.

Laluan itu digunakan trak-trak yang menuju ke Jambatan Sheikh Hussein yang menghubungkan negara itu dengan Israel.

Aktivis membantah penglibatan Jordan dalam koridor darat “Dubai-Haifa” yang menghubungkan Pelabuhan Jebel Ali Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke pelabuhan Haifa Israel melalui jalan yang merentasi Arab Saudi dan Jordan.

Penunjuk perasaan yang terlibat menaikkan sepanduk mengecam penyertaan Jordan dalam koridor darat Dubai-Haifa, termasuk penyertaan negara-negara Teluk.

Jumaat lalu, sementara pasukan keselamatan Jordan menghalang protes di utara berhampiran sempadan Israel, penunjuk perasaan berarak dan duduk di atas jambatan bermula selepas solat Jumaat di Amman.

Protes itu dianjurkan himpunan organisasi di bawah naungan pasukan pembangkang Jordan yang dipanggil Forum Kebangsaan Menyokong Penentangan dan Gerakan Islam, lapor akhbar Al-Araby Al-Jadeed.

Slogan utama pemprotes ditujukan kepada kerajaan Jordan dan kerajaan Arab lain ialah: “Jambatan darat diperlukan untuk ke Gaza, bukan untuk zionis.”

Tiada kerajaan Arab terlibat dengan koridor darat Dubai-Haifa setakat ini mengulas secara terbuka berkaitan insiden itu.

Israel dilihat berminat untuk menonjolkan peranan laluan darat yang bakal membantunya mengelak ketegangan yang sedang berlaku di Laut Merah.

Menteri Pengangkutan Israel, Miri Regev pada Khamis lalu muncul dalam sebuah video di Mundra, India, memberi penerangan bagaimana barangan kargo yang bakal melalui UAE, Arab Saudi dan Jordan akan selamat sampai di Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending