Antarabangsa
Rektor Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan udara rejim zionis Israel
Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
- Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
- Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.
- “Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini (Sabtu) akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis menerusi kenyataan.
ISTANBUL: Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufyan Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.
“Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam, Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini (Sabtu) akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis menerusi kenyataan.
Menurut laporan `Quds News Network’, Tayeh tersenarai sebagai antara penyelidik terbaik di dunia pada 2021.
Dilahirkan pada tahun 1971 di utara Gaza, Tayeh adalah seorang penyelidik dalam fizik dan matematik gunaan.
Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 15,207 orang sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober.
Tentera penceroboh Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengisytiharkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat. – BERNAMA-ANADOLU
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia