Connect with us

Antarabangsa

Pope kesal dengan situasi perang di Gaza

Pope Francis menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi kemanusiaan di Gaza semasa ucapannya di St. Peter Basilika di Vatican, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pope kesal dengan situasi perang di Gaza
Foto: Ketua gereja katolik, Pope Francis.
  • Pope Francis semalam menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi kemanusiaan di Gaza semasa ucapannya di St. Peter Basilika di Vatican.
  • Beliau merayu operasi ketenteraan ke atas pembunuhan mengerikan mangsa tidak bersalah dihentikan dan menyeru penyelesaian atas situasi kemanusiaan dengan membuka penyediaan bantuan kemanusiaan di Gaza.
  • “Berapa ramai orang yang tidak bersalah dibunuh di dunia kita! Dalam kandungan ibu mereka, dalam pengembaraan yang dilakukan ketika keadaan terdesak mencari harapan, dalam kehidupan kanak-kanak yang masa mereka telah dimusnahkan disebabkan peperangan. Mereka adalah Yesus kecil hari ini,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.
  • Pope turut mengulangi rayuan mendesaknya supaya mereka menjadi tebusan dibebaskan.
  • Rejim penjajah Israel menyerang Gaza sejak serangan rentas sempadan pejuang Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu ekoran penindasan dan pembantaian berterusan rejim zionis ke atas Palestin sejak 1948.

Pope Francis menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi kemanusiaan di Gaza semasa ucapannya di St. Peter Basilika di Vatican, semalam.

Beliau merayu operasi ketenteraan ke atas pembunuhan mengerikan mangsa tidak bersalah dihentikan selain menyeru penyelesaian atas situasi kemanusiaan dengan membuka penyediaan bantuan kemanusiaan di Gaza.

“Berapa ramai orang yang tidak bersalah dibunuh di dunia kita! Dalam kandungan ibu mereka, dalam pengembaraan yang dilakukan ketika keadaan terdesak mencari harapan, dalam kehidupan kanak-kanak yang masa mereka telah dimusnahkan disebabkan peperangan. Mereka adalah Yesus kecil hari ini,” katanya dipetik agensi berita Anadolu.

Pope turut mengulangi rayuan mendesaknya supaya mereka menjadi tebusan dibebaskan.

Rejim penjajah Israel menyerang Gaza sejak serangan rentas sempadan pejuang Palestin Hamas pada 7 Oktober lalu ekoran penindasan dan pembantaian berterusan rejim zionis ke atas Palestin sejak 1948.

Serangan rejim Israel mengorbankan  20,424 rakyat Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak, mencederakan 54,036 dan menyebabkan kehancuran Gaza.

Hampir dua juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam daerah yang padat dengan penduduk di kala kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *