Terkini
Persempadanan semula kawasan pilihan raya, letak keutamaan hak Melayu – Pemuda PAS
Pimpinan Melayu perlu mempertimbangkan sebaiknya kewajaran melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan meletakkan keutamaan kepada hak kelompok Melayu.
- Pimpinan Melayu perlu mempertimbangkan sebaiknya kewajaran melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan meletakkan keutamaan kepada hak kelompok Melayu.
- Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi berkata ia perlu diberikan perhatian supaya tidak berlaku situasi ‘menang sorak, kampung tergadai’.
- Nazir berkata isu persempadanan semula pilihan raya itu sekalipun menjadi senjata ampuh, ia masih rapuh selagi tidak mendapat persetujuan pimpinan Melayu dalam pentadbiran negara.
- “Biarpun dikatakan perkara ini tertakluk pada kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan prinsip serta tatacaranya termaktub bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi potensi ketidakadilan masih ada sebagaimana berlaku pada 2004 dan 2018.
- “Gerimander yang dipraktikkan bersifat amat berat sebelah dan melanggar prinsip ‘one man, one vote’ setelah berlakunya ketidaksamarataan nisbah perwakilan kepada pengundi. Sekaligus melanggar prinsip dan prosedur ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — Pimpinan Melayu perlu mempertimbangkan sebaiknya kewajaran melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan meletakkan keutamaan kepada hak kelompok Melayu.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi berkata ia perlu diberikan perhatian supaya tidak berlaku situasi ‘menang sorak, kampung tergadai’.
Nazir berkata isu persempadanan semula pilihan raya itu sekalipun menjadi senjata ampuh, ia masih rapuh selagi tidak mendapat persetujuan pimpinan Melayu dalam pentadbiran negara.
“Sejarah politik negara memperlihat bagaimana pengamalan persempadanan semula kawasan pilihanraya atau gerimander menjadi senjata ampuh menjatuhkan parti pembangkang.
“Biarpun dikatakan perkara ini tertakluk pada kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan prinsip serta tatacaranya termaktub bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi potensi ketidakadilan masih ada sebagaimana berlaku pada 2004 dan 2018.
“Gerimander yang dipraktikkan bersifat amat berat sebelah dan melanggar prinsip ‘one man, one vote’ setelah berlakunya ketidaksamarataan nisbah perwakilan kepada pengundi. Sekaligus melanggar prinsip dan prosedur ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, media melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keyakinannya bahawa Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan.
Muhyiddin Yassin berkata Ahli Parlimen DAP bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru-baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutama bagi menambah kerusi Parlimen di kawasan bandar.
Pada November lalu, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh, memaklumkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak sudah bermula tahun ini membabitkan kajian oleh SPR dalam tempoh dua tahun.
Sementara, proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah akan bermula 2025 dan di Semenanjung dijadualkan pada 2026.
Terbaharu, Konvensyen AMANAH Selangor meluluskan usul mendesak kerajaan dan SPR melakukan persempadanan semula bagi kawasan Parlimen di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16.
Usul dibawa AMANAH Selangor antara lain bertujuan memberi nisbah bilangan pengundi lebih adil antara kawasan Parlimen itu, disokong sebulat suara lebih 300 perwakilan yang hadir, selepas dikemukakan Timbalan Pengerusinya, Azli Yusof.
Mengulas lanjut, Nazir tidak menafikan PAS pernah mengusulkan perkara sama kepada kerajaan pada 2021, bagaimanapun agendanya berbeza.
“Usulnya sama. Tetapi, agendanya berbeza. Kenyataan Naib Presiden PAS ketika mengusulkan perkara itu jelas menekankan kepentingan Melayu-Islam sebagai memenuhi hak kaum majoriti di tanah ini.
“Sedangkan konsep persempadanan semula yang dicadangkan DAP ini dibimbangi hanya akan memberikan kelebihan berat sebelah kepada DAP-PH.
“Benar seperti yang dikatakan saudara Sany bahawa Melayu juga ada dalam DAP. Persoalannya, siapa yang mendominasi DAP? Siapa figura utama DAP yang mengatur dan mengurus segala gerak kerja dan posisi-posisi penting, baik dalam parti mahupun urusan politik dan negara?,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat