Connect with us

Terkini

Penghijrahan secara paksa warga Palestin di Gaza ditolak

Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.

Wartawan TMT

Published

on

Penghijrahan secara paksa warga Palestin di Gaza ditolak
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.
  • Menurut laporan media, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Mesyuarat Parti Likud pimpinannya pada Isnin berkata, “masalah kami adalah (pada) negara-negara yang mahu mengambil (warga Palestin) dan perkara itu sedang diusahakan”.
  • Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas turut mengecam perancangan Netanyahu yang mana menurut mereka cubaan untuk “melanjutkan pencerobohan”.
  • “Warga Palestin tidak akan membenarkan sebarang perancangan bertujuan untuk melenyapkan prinsip mereka atau mengeluarkan mereka dari tanah dan kehormatan mereka,” kata Hamas.
  • Amerika Syarikat, negara-negara Arab dan Eropah menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk penghijrahan paksa ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Rejim penjajah zionis Israel mahu menyegerakan penghijrahan sukarela warga Palestin dari Gaza selepas penghijrahan paksaan ditolak masyarakat dunia.

Menurut laporan media, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika Mesyuarat Parti Likud pimpinannya pada Isnin berkata, “masalah kami adalah (pada) negara-negara yang mahu mengambil (warga Palestin) dan perkara itu sedang diusahakan”.

“Israel perlu menubuhkan jawatankuasa untuk bertindak terhadap isu itu supaya sesiapa yang mahu pergi ke negara ketiga boleh melakukannya,” kata Ahli Parti Likud, Danny Danon dipetik agensi berita Anadolu.

Warga Palestin dilaporkan mengecam rancangan Netanyahu itu selain menggesa tekanan dan pendirian antarabangsa supaya menentang idea tersebut.

“Pengakuan Netanyahu berkenaan pengusiran rakyat kita adalah satu tamparan baharu kepada negara-negara yang menyokong (tindakan) genosidnya di wilayah Gaza,” kata Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan.

Kumpulan pembebasan Palestin, Hamas turut mengecam perancangan Netanyahu yang mana menurut mereka cubaan untuk “melanjutkan pencerobohan”.

“Warga Palestin tidak akan membenarkan sebarang perancangan bertujuan untuk melenyapkan prinsip mereka atau mengeluarkan mereka dari tanah dan kehormatan mereka,” kata Hamas.

Amerika Syarikat, negara-negara Arab dan Eropah menyuarakan bantahan terhadap sebarang bentuk penghijrahan paksa ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama

Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
  • “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
  • “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
  • Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
  • Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.

“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.

Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending