Antarabangsa
(VIDEO) Peneroka haram gantung kepala keldai di perkuburan Islam berdekatan Masjid Al-Aqsa
Peneroka haram Israel menggantung “kepala keldai” di pagar tanah perkuburan Baitul Maqdis Timur, di tengah-tengah peningkatan ketegangan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
Peneroka haram Israel menggantung “kepala keldai” di pagar tanah perkuburan Baitul Maqdis Timur, di tengah-tengah peningkatan ketegangan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
Perkara itu dilaporkan pihak berkuasa tempatan pada Rabu lalu tetapi Polis Israel tidak memberi sebarang komen berkenaan insiden itu.
“Seorang peneroka menyerbu tanah perkuburan Bab al-Rahma dan menggantung “kepala keldai” di atas kubur di sana,” kata pejabat governor Baitul Maqdis dalam satu kenyataan.
Aktivis-aktivis Palestin berkongsi imej dan rakaman menunjukkan kepala keldai di tanah perkuburan bersebelahan Kompleks Masjid Al-Aqsa itu.
Bab al-Rahma adalah pusat pengebumian orang Islam lama yang merupakan harta wakaf selama lebih 1,400 tahun dahulu yang menempatkan beberapa makam sahabat Nabi Muhammad SAW.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan maut Israel di Gaza, yang mengorbankan lebih 21,100 warga Palestin.
Masjid Al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci di dunia di sisi umat Islam. Orang Yahudi memanggil kawasan itu “Temple Mount,” mendakwa ia pada asalnya dua tapak kuil Yahudi pada zaman dahulu.
Israel menduduki Baitul Maqdis Timur iaitu tempat terletaknya Masjid Al-Aqsa ketika Perang Arab-Israel 1967. Penggabungan keseluruhan dilakukan pada 1980, satu langkah yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa. – The Merdeka Times
View this post on Instagram