Antarabangsa
Pelajar perempuan sekolah rendah UK diberitahu lelaki juga ‘datang bulan’
Syarikat produk sanitasi wanita dari UK dikecam kerana memaklumkan pengguna dalam kalangan pelajar sekolah rendah bahawa ‘lelaki’ juga didatangi haid.
- Syarikat produk sanitasi wanita dari UK dikecam kerana memaklumkan pengguna dalam kalangan pelajar sekolah rendah bahawa ‘lelaki’ juga didatangi haid.
- Daily Mail melaporkan langkah syarikat Hey Girls yang ‘mengelirukan’ dan ‘memudaratkan’ itu disampaikan menerusi buku kecil yang disertakan bersama produknya.
- “Bukan semua wanita didatangi haid dan ada (juga) lelaki yang haid,” dakwa Hey Girls, selain menyaran penggunaan frasa “‘orang yang haid” berbanding penggunaan biasa merujuk haid hanya kepada golongan wanita.
- Bahagian “jantina dan kepelbagaian” (gender and diversity) dalam buku kecil itu turut memaparkan empat kartun figura manusia mengibarkan bendera komuniti-komuniti biseksual, panseksual, LGBT dan bukan binari.
Syarikat produk sanitasi wanita dari UK dikecam kerana memaklumkan pengguna dalam kalangan pelajar sekolah rendah bahawa ‘lelaki’ juga didatangi haid.
Daily Mail melaporkan langkah syarikat Hey Girls yang ‘mengelirukan’ dan ‘memudaratkan’ itu disampaikan menerusi buku kecil yang disertakan bersama produknya.
“Bukan semua wanita didatangi haid dan ada (juga) lelaki yang haid,” dakwa Hey Girls, selain menyaran penggunaan frasa “‘orang yang haid” berbanding penggunaan biasa merujuk haid hanya kepada golongan wanita.
Bahagian “jantina dan kepelbagaian” (gender and diversity) dalam buku kecil itu turut memaparkan empat kartun figura manusia mengibarkan bendera komuniti-komuniti biseksual, panseksual, LGBT dan bukan binari.
Hey Girl bekerjasama dengan Nuclear Decommissioning Authority dan mendakwa di laman webnya sebagai penasihat di Jabatan Pendidikan England berkenaan produk haid percuma di sekolah.
Bagaimanapun, pihak kerajaan menafikan dakwaan itu dengan penjelasan daripada jurucakap kerajaan menjelaskan perkara tersebut.
“Perkara ini salah sama sekali, kumpulan ini tidak pernah bekerjasama Jabatan Pendidikan dalam kapasiti sebagai penasihat.
“Kami telah menulis kepada organisasi ini memohon supaya mereka membuang informasi mengelirukan dan tidak tepat ini secepat mungkin dari laman web mereka.
“Kami telah berulang kali menjelaskan kepentingan seks biologi (seseorang) dan pandangan yang mempertikaikannya seperti yang dibawa ideologi jantina tidak patut diajar sebagai fakta.
“Skim produk haid kami untuk kanak-kanak perempuan dan wanita di sekolah serta kolej hanya dibekalkan satu pembekal iaitu Kumpulan PHS, untuk penghantaran produk haid percuma seluruh England,” kata jurucakap kerajaan itu dipetik Daily Mail.
Hasil siasatan Daily Mail mendapati Hey Girl telah membuang dakwaan yang ia adalah penasihat Jabatan Pendidikan dari laman sesawangnya.
Sumber: Daily Mail