Connect with us

Terkini

Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan daftarkan saudara baharu

Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: ADUN Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim.
  • Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru, di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.
  • Dakwaan itu dibuat bekas ADUN Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim yang menyuarakan kesedihan dan kemarahannya apabila ada individu seakan-akan cuba untuk menggagalkan usaha beliau dalam mengislamkan masyarakat. 
  • Zolkifly ketika dihubungi The Merdeka Times memaklumkan pihaknya tidak pasti alasan di sebalik penolakan tersebut.
  • “Dua bulan kebelakangan ini. Sudah lima orang yang saya Islam. Tetapi mereka ditolak pendaftaran di pejabat Jabatan Islam. Ada empat orang Cina. Dah hadir serah diri tiga hari dua malam kursus wajib Islam di anjur jabatan. 
  • “Permohonan Islam empat mereka ditolak selepas tamat kursus. Sebab dikatakan tak faham Islam. Pegawai-pegawai di jabatan bagi berbagai alasan. Kamu ni tak tau Islam. Macam mana boleh masuk Islam?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 4 Disember lalu.
  • Menerusi hantaran berbeza pada Sabtu lalu, Zolkifly memaklumkan satu daripada empat saudara baru itu berjaya didaftarkan selepas beberapa soalan dan semakan lisan dilakukan ketua jabatan di Pejabat Pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR — Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang didakwa enggan mendaftarkan pengislaman beberapa saudara baru di negeri itu tanpa mengemukakan alasan penolakan dengan jelas.

Dakwaan itu dibuat bekas ADUN Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim yang menyuarakan kesedihan dan kemarahannya apabila ada individu seakan-akan cuba untuk menggagalkan usaha beliau dalam mengislamkan masyarakat. 

Zolkifly ketika dihubungi The Merdeka Times memaklumkan pihaknya tidak pasti alasan di sebalik penolakan tersebut.

“Ramai yang syahadah. Saya terpaksa seludup daftar menggunakan kawan-kawan yang belum dikenali pegawai jabatan.

“Dua bulan kebelakangan ini. Sudah lima orang yang saya Islam. Tetapi mereka ditolak pendaftaran di pejabat Jabatan Islam. Ada empat orang Cina. Dah hadir serah diri tiga hari dua malam kursus wajib Islam di anjur jabatan. 

“Permohonan Islam empat mereka ditolak selepas tamat kursus. Sebab dikatakan tak faham Islam. Pegawai-pegawai di jabatan bagi berbagai alasan. Kamu ni tak tau Islam. Macam mana boleh masuk Islam?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada 4 Disember lalu.

Zolkifly mendakwa pegawai jabatan agama itu berkata kelompok terbabit perlu mempelajari tentang Islam sehingga pandai baru dibolehkan untuk memasuki agama Islam.

Katanya, apabila kelompok itu meminta untuk diajar, pegawai terbabit menyuruh mereka mencari mana-mana individu di luar sana yang berupaya untuk mengajar mereka tentang ajaran Islam.

“Saya sendiri dah dapat voice mail. Islam ni bukan boleh di kedai kopi. Islam ni bukan boleh di tepi jalan. Tahu ka? Pasai apa dok kalut buat semua benda ni? Kuasa kami (jabatan Islam) nak daftar atau tidak daftar.

“Saya cuba berlembut. Saya usaha juga untuk penuhi permintaan pejabat agama ni. Saya buat kelas agama bahasa Cina bawah pokok. Buat kelas agama bahasa Cina di kedai kopi. Minta kawan boleh bahasa Cina, buat di pejabat.

“Saya dah buat supaya depa (mereka) faham Islam. Tapi. Mereka masih di tolak jabatan untuk daftar sebagai Islam. Jika mereka mati hari ni. Pasti mayat dibakar atau disumbat dalam lubang tanah begitu saja. 

“Pegawai-pegawai ini mesti senyum. Sebab mereka sudah berjaya jalankan arahan orang atas,” katanya yang juga penaung Persatuan IKUT Pulau Pinang yang membantu mengajar saudara baru tentang Islam. 

Menerusi hantaran berbeza pada Sabtu lalu, Zolkifly memaklumkan satu daripada empat saudara baru itu berjaya didaftarkan selepas beberapa soalan dan semakan lisan dilakukan ketua jabatan di Pejabat Pengurusan Masjid Negeri Pulau Pinang.

Katanya satu saudara baru lagi belum didaftarkan kerana tersalah tempat pertemuan, manakala dua lagi bekerja dan tidak dapat hadir. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Zolkifly Md Lazim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
  • Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
  • Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
  • Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
  • Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 
  • Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.

Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.

Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.

Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.

Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.

Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. 

Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending