Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) ‘Kita sedang lihat permulaan kepada pengakhiran Israel’ – Ilan Pappe

Dunia sedang melihat permulaan kepada pengakhiran ‘projek’ negara haram Israel, kata sejarawan Israel, Ilan Pappe.

A.R. Khan

Published

on

‘Kita sedang lihat permulaan kepada pengakhiran Israel’ – Ilan Pappe
Foto: Sejarawan Israel, Ilan Pappe.

KUALA LUMPUR – Dunia sedang melihat permulaan kepada pengakhiran ‘projek’ negara haram Israel, kata sejarawan Israel, Ilan Pappe.

Perkara itu disebut Ilan dalam ditemu bual Al Jazeera 6 Disember lalu yang dimuat naik di YouTube, mengupas fasa dan asas negara zionis Israel yang semakin menghampiri pengakhirannya.

“Israel bukan sahaja sebuah negara, tetapi ia sebuah projek. Ia satu projek penjajahan peneroka (haram). Dan saya fikir kita sedang melihat permulaan kepada pengakhiran projek ini,” katanya.

Pappe menjelaskan pergantungan material Israel kepada Amerika Syarikat adalah pergantungan material yang berpotensi untuk berubah pada bila-bila masa.

“Jika kita menggunakan indeks yang melihat kepada kadar ketahanan berdasarkan kemampuan materialnya, Israel dalam keadaan yang baik. 

“Dan seperti yang kamu sebut dalam kata-kata pendahuluan kamu (merujuk penemu bual), ia cemerlang disebabkan (pergantungan) kepada Amerika Syarikat, jadi ini adalah situasi yang berpotensi untuk berubah,” katanya kepada Cyril Vanier dan beberapa panel lain. 

Menduga penjajahan Israel bakal berakhir, Ilan berkata peningkatan kekerasan dan keganasan negara itu akan lebih terserlah.

“Sebagai sejarawan, saya boleh beritahu kamu bahawa apabila projek seperti penjajahan peneroka (haram) mencapai fasa akhirnya, malangnya, ia berlangsung dalam jangka masa yang panjang.

“Ia tidak berlaku dalam sehari dua. Dan masalahnya (pula adalah) sudah tentu mereka boleh menjadi lebih ganas dan tidak berhati perut,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending