Connect with us

Terkini

Guru serang pelajar 12 tahun hingga patah tulang rusuk

Seorang guru Thai menyerang secara fizikal dua pelajar sekolah berusia 12 tahun di sebuah sekolah swasta di wilayah Lop Buri hingga seorang daripada mangsa patah tulang rusuk.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Guru serang pelajar 12 tahun hingga patah tulang rusuk
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang guru Thai menyerang secara fizikal dua pelajar sekolah berusia 12 tahun di sebuah sekolah swasta di wilayah Lop Buri hingga seorang daripada mangsa patah tulang rusuk.
  • Ibu bapa kedua-dua mangsa memfailkan aduan terhadap guru lelaki itu, Atisit Ninlanark, di Balai Polis Mueang Lop Buri, kelmarin.
  • Kedua-dua pelajar itu mengadu kepada ibu bapa mereka dan membawanya ke hospital disebabkan terasa sakit di bahagian dada.
  • Berdasarkan pemeriksaan mendapati dua tulang rusuk salah seorang pelajar itu, patah.
  • Polis memberitahu ThaiRath bahawa mereka sedang meneliti bukti dan akan memanggil tertuduh untuk disoal siasat.

Seorang guru Thai menyerang secara fizikal dua pelajar sekolah berusia 12 tahun di sebuah sekolah swasta di wilayah Lop Buri hingga seorang daripada mangsa patah tulang rusuk.

Ibu bapa kedua-dua mangsa memfailkan aduan terhadap guru lelaki itu, Atisit Ninlanark di Balai Polis Mueang Lop Buri, kelmarin.

Pegawai polis menyoal dua budak lelaki itu yang hanya dikenali sebagai A, mengetahui bahawa budak lelaki itu hanya mengambil buku Atisit yang terjatuh dan diletakkan di atas meja, sebelum dia dipukul.

Kawan A yang hanya dikenali sebagai B cuba membantu, namun B juga diserang guru itu, termasuk ditumbuk dan kepalanya dihentak ke dinding.

Kedua-dua pelajar itu mengadu kepada ibu bapa mereka dan membawanya ke hospital disebabkan terasa sakit di bahagian dada.

Berdasarkan pemeriksaan mendapati dua tulang rusuk salah seorang pelajar itu (A), patah.

B juga menjalani pemeriksaan kesihatan supaya boleh melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurut guru lain, ini bukan kali pertama beliau mencederakan pelajar meskipun pengetua sekolah sudah memberi amaran terhadap tingkah laku kasarnya. 

Polis memberitahu ThaiRath bahawa mereka sedang meneliti bukti dan akan memanggil tertuduh untuk disoal siasat.

Terdahulu, seorang guru wanita Thailand dirakam kamera CCTV menampar muka seorang pelajar di sebuah sekolah di Bangkok.

Mangsa mendedahkan kepada keluarganya bahawa guru tersebut mahu dia memanggil gelaran ‘ibu’ bukannya ‘guru’.

Bekas pelajar tampil mendedahkan bahawa guru itu mempunyai sejarah menghukum pelajar dengan serangan fizikal dan tidak menerima hukuman walaupun ramai pelajar memfailkan aduan terhadapnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *