Connect with us

Antarabangsa

Gencatan senjata tamat, Gaza kembali berdarah

Tentera rejim zionis pengganas Israel mengumumkan pelancaran semula operasi serangan di Gaza selepas tamatnya gencatan senjata dengan serangan udara dan tembakan meriam kedengaran di wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gencatan senjata tamat, Gaza kembali berdarah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis pengganas Israel mengumumkan pelancaran semula operasi serangan di Gaza selepas tamatnya gencatan senjata dengan serangan udara dan tembakan meriam kedengaran di wilayah konflik itu.
  • Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum melaporkan bahawa bunyi tembakan dan letupan kedengaran semula di utara Bandar Gaza.
  • Pengantara antarabangsa, Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat telah mendesak lanjutan satu lagi ‘jeda kemanusiaan’ (gencatan senjata sementara) yang akhirnya tamat pada 7 pagi waktu tempatan (05:00 GMT) pada hari Jumaat.
  • Lebih 15,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala di Israel, angka kematian rasmi kekal pada jumlah 1,200 maut.

Tentera rejim zionis pengganas Israel mengumumkan pelancaran semula operasi serangan di Gaza selepas tamatnya gencatan senjata dengan serangan udara dan tembakan meriam kedengaran di wilayah konflik itu.

Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum melaporkan bahawa bunyi tembakan dan letupan kedengaran semula di utara Bandar Gaza.

“Insiden ini seiring dengan berlegarnya dron tentera Israel dan jet pejuang di sepanjang wilayah Gaza,” katanya.

Pengantara antarabangsa, Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat telah mendesak lanjutan satu lagi ‘jeda kemanusiaan’ (gencatan senjata sementara) yang akhirnya tamat pada 7 pagi waktu tempatan (05:00 GMT) pada hari Jumaat.

30 tahanan warga Palestin dibebaskan dari penjara Israel bertemu semula keluarga mereka menjadikannya pertukaran ketujuh sepanjang berlakunya gencatan senjata sementara setelah lapan tebusan Israel dibebaskan.

Lebih 15,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu, manakala di Israel, angka kematian rasmi kekal pada jumlah 1,200 maut.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *