Terkini
Cyprus Utara sekat penjualan hartanah kepada warga Israel, Yahudi
Republik Turkiye Cyprus Utara memutuskan untuk menyekat penjualan aset hartanah kepada warga asing susulan kempen media Turkiye mendakwa ramai warga Israel dan Yahudi membeli hartanah di kepulauan itu.
- Republik Turkiye Cyprus Utara memutuskan untuk menyekat penjualan aset hartanah kepada warga asing susulan kempen media Turkiye mendakwa ramai warga Israel dan Yahudi membeli hartanah di kepulauan itu.
- Kempen media itu meletus ekoran pendedahan di media sosial oleh wartawan Turkiye, Sabahattin Ismail yang juga penasihat kepada bekas Presiden Republik Turkiye Cyprus Utara, Rauf Denktas.
- Pendedahan Ismail itu dibuat sejak serangan rejim pengganas zionis ke atas Gaza yang mana beliau menerbitkan rekod pembelian hartanah warga Yahudi dari Israel dan Eropah di pulau itu.
- Memetik laporan Middle East Eye pada Selasa, media Turkiye mendakwa terdapat 35,000 warga Yahudi membeli 2,500 hektar tanah di pulau itu.
Republik Turkiye Cyprus Utara memutuskan untuk menyekat penjualan aset hartanah kepada warga asing susulan kempen media Turkiye mendakwa ramai warga Israel dan Yahudi membeli hartanah di kepulauan itu.
Kempen media itu meletus ekoran pendedahan di media sosial oleh wartawan Turkiye, Sabahattin Ismail yang juga penasihat kepada bekas Presiden Republik Turkiye Cyprus Utara, Rauf Denktas.
Pendedahan Ismail itu dibuat sejak serangan rejim pengganas zionis ke atas Gaza yang mana beliau menerbitkan rekod pembelian hartanah warga Yahudi dari Israel dan Eropah di pulau itu.
Memetik laporan Middle East Eye pada Selasa, media Turkiye mendakwa terdapat 35,000 warga Yahudi membeli 2,500 hektar tanah di pulau itu.
Ketua pentadbiran pulau berkenaan, Ersi Tatar berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan berkenaan.
“Kami memiliki beberapa langkah dan tindakan yang akan diambil berhubung penjualan ini,” katanya.
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan pada bulan lalu menolak dakwaan bahawa ribuan warga Yahudi dan Israel membeli hartanah di Cyprus Utara.
Cyprus dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawasan utara dikuasai Turkiye, sementara wilayah selatan ditadbir Kerajaan Republik Cyprus. – The Merdeka Times