Antarabangsa
Bebaskan tiga pemimpin Palestin, syarat utama Hamas lepaskan tahanan Israel
Pembebasan tiga pemimpin tertinggi Palestin menjadi syarat utama ditetapkan Hamas kepada rejim zionis bagi sebarang perjanjian pertukaran tebusan Israel.
- Pembebasan tiga pemimpin tertinggi Palestin menjadi syarat utama ditetapkan Hamas kepada rejim zionis bagi sebarang perjanjian pertukaran tebusan Israel.
- Menurut media Israel, ketiga-tiga pemimpin Palestin itu ialah Marwan Barghouti, Ahmed Saadat dan Abdullah Barghouti.
- Pada 2011, Israel enggan melibatkan ketiga-tiga pemimpin Palestin itu dalam perjanjian pertukaran tawanan dengan Hamas yang melibatkan pembebasan tenteranya, Gilad Shalit.
Pembebasan tiga pemimpin tertinggi Palestin menjadi syarat utama ditetapkan Hamas kepada rejim zionis bagi sebarang perjanjian pertukaran tebusan Israel.
Menurut media Israel, ketiga-tiga pemimpin Palestin itu ialah Marwan Barghouti, Ahmed Saadat dan Abdullah Barghouti.
Barghouti, 64, yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah antara pemimpin digemari rakyat Palestin selepas Presiden Mahmoud Abbas.
Beliau ditahan rejim Israel pada 2002 dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Memetik agensi berita Anadolu pada Khamis berdasarkan laporan akhbar Israel, Yedioth Ahronoth, Barghouti dikatakan dapat ‘mengubah’ wajah Pihak Berkuasa Palestin.
Sementara itu, Saadat yang merupakan Setiausaha Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) ditahan pada 2008 dan dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun kerana terlibat dengan pembunuhan Menteri Pelancongan Israel, Rehavam Ze’evi pada 2001.
Abdullah Barghouti pula merupakan pemimpin utama Hamas dan dijatuhi hukuman seumur hidup berkali-kali atas siri serangan terhadap rakyat Israel.
Pada 2011, Israel enggan melibatkan ketiga-tiga pemimpin Palestin itu dalam perjanjian pertukaran tawanan dengan Hamas yang melibatkan pembebasan tenteranya, Gilad Shalit.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu tiba di Mesir bagi membincangkan mengenai gencatan senjata dan pertukaran tebusan dengan rejim penjajah Israel berhubung perang di Gaza.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa pula dilaporkan menghantar Ketua Perisikan Mossad, David Barnea ke Eropah bagi rundingan pembebasan tebusan mereka daripada Hamas. – Agensi