Terkini
AS tidak beri tarikh akhir untuk rejim penjajah Israel tamatkan operasi di Gaza
Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tidak memberikan satu tarikh akhir yang tegas kepada Israel bagi menamatkan operasi pertempuran di Gaza, sebaliknya mendakwa, Hamas akan terus memberi ancaman sekiranya peperangan ditamatkan.
- Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tidak beri satu tarikh akhir yang tegas kepada Israel bagi menamatkan operasi pertempuran di Gaza, sebaliknya mendakwa, Hamas akan terus memberi ancaman sekiranya peperangan ditamatkan.
- “Kami tidak memberikan tarikh akhir yang tegas kepada Israel, bukan peranan kami sebenarnya. Ini konflik mereka. Ada yang dakwa kami mempunyai pengaruh tetapi kami tidak mempunyai kawalan muktamad ke atas apa yang berlaku di bumi Gaza,” kata pembantu keselamatan negara Rumah Putih, Jon Finer dalam Forum Keselamatan Aspen di Washington.
- Beliau berkata, Israel mempunyai dua objektif di Gaza iaitu memastikan Hamas tidak lagi boleh mentadbir wilayah itu dan ia tidak lagi boleh menimbulkan ancaman kepada Israel berikutan serangan maut 7 Oktober lalu.
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tidak memberikan satu tarikh akhir yang tegas kepada Israel bagi menamatkan operasi pertempuran di Gaza, sebaliknya mendakwa, Hamas akan terus memberi ancaman sekiranya peperangan ditamatkan.
“Kami tidak memberikan tarikh akhir yang tegas kepada Israel, bukan peranan kami sebenarnya. Ini konflik mereka. Ada yang dakwa kami mempunyai pengaruh tetapi kami tidak mempunyai kawalan muktamad ke atas apa yang berlaku di bumi Gaza,” kata pembantu keselamatan negara Rumah Putih, Jon Finer dalam Forum Keselamatan Aspen di Washington.
Beliau berkata, Israel mempunyai dua objektif di Gaza iaitu memastikan Hamas tidak lagi boleh mentadbir wilayah itu dan ia tidak lagi boleh menimbulkan ancaman kepada Israel berikutan serangan maut 7 Oktober lalu.
“Sebenarnya jika perang dihentikan hari ini, (Hamas) akan terus menimbulkan (ancaman) sebab itu kami belum ada di tempat untuk meminta Israel berhenti atau memaksa gencatan senjata,” kata Finer.
Memetik sumber Israel tanpa pencanggahan, beliau berkata, AS juga percaya terdapat banyak ‘sasaran ketenteraan yang sah’ yang kekal di selatan Gaza termasuklah ‘sebahagian’ kepemimpinan Hamas.
Finer berkata, terdapat aspek bagaimana operasi ketenteraan Israel di utara Gaza dilakukan tanpa ‘penjagaan yang mencukupi’ untuk kehidupan awam, dan beliau mengulang gesaan AS untuk Israel memperbaiki aspek berkenaan.
“Kami bekerja hari demi hari dan terbabit secara langsung hari demi hari, termasuk hari ini, ketelusan antara Presiden dan Perdana Menteri mengenai bagaimana konflik dijalankan di semua bahagian Gaza tetapi dengan tumpuan khusus di selatan,” katanya, yang merujuk kepada panggilan antara Presiden AS Joe Biden dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, awal kelmarin.
Namun setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai panggilan itu meskipun dijangka akan ada kenyataan kemudian.
Israel melancarkan kempen ketenteraannya sebagai tindak balas kepada pencerobohan 7 Oktober yang mengejut oleh pejuang Hamas. Sebagai tindakan itu, Israel mengebom Gaza, dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat.
Kementerian Kesihatan Gaza mengatakan setakat ini lebih 17,000 orang sudah terbunuh di wilayah dengan kepadatan penduduk 2.3 juta.
Pegawai tertinggi AS termasuklah Naib Presiden, Kamala Harris dan Setiausaha Negara, Antony Blinken, secara terbuka meminta Israel melakukan lebih banyak serangan dengan lebih tepat di selatan Gaza untuk mengelakkan korban awam yang banyak.
Namun, sejak gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas gagal minggu lalu, ratusan rakyat Palestin sudah terbunuh dalam serangan Israel di selatan. – REUTERS
Sumber : Berita Harian
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times