Connect with us

Terkini

AS akan sekat visa peneroka Israel terbabit keganasan di Tebing Barat

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) akan menyekat visa peneroka Israel yang menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS akan sekat visa peneroka Israel terbabit keganasan di Tebing Barat
Foto: Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
  • Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) akan menyekat visa peneroka Israel yang menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.
  • Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah itu semalam, sehari selepas Jabatan Negara mengumumkan Israel tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani serangan peneroka haram yang menghalau ramai warga Palestin dari tanah mereka.
  • “Hari ini, Jabatan Negara akan melaksanakan dasar baharu penyekatan visa menyasarkan individu yang dipercayai terlibat menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di tebing barat, termasuk melalui tindakan keganasan atau mengambil tindakan lain yang menyekat akses orang awam kepada perkhidmatan perlu serta keperluan asas,” kata Blinken.
  • Presiden AS, Joe Biden sebelum ini dan beberapa pegawai kanan AS lain berulang kali memberi amaran bahawa Israel mesti menghentikan keganasan peneroka Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat yang meningkat sejak serangan 7 Oktober lalu.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) akan menyekat visa peneroka Israel yang menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di wilayah Tebing Barat yang diduduki.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah itu semalam, sehari selepas Jabatan Negara mengumumkan Israel tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani serangan peneroka haram yang menghalau ramai warga Palestin dari tanah mereka.

“Hari ini, Jabatan Negara akan melaksanakan dasar baharu penyekatan visa menyasarkan individu yang dipercayai terlibat menjejaskan keamanan, keselamatan atau kestabilan di Tebing Barat, termasuk melalui tindakan keganasan atau mengambil tindakan lain yang menyekat akses orang awam kepada perkhidmatan perlu serta keperluan asas,” kata Blinken dipetik Al Jazeera.

Presiden AS, Joe Biden sebelum ini dan beberapa pegawai kanan AS lain berulang kali memberi amaran bahawa Israel mesti menghentikan keganasan peneroka Israel terhadap warga Palestin di Tebing Barat yang meningkat sejak serangan 7 Oktober lalu.

“Kami telah menekankan kepada kerajaan Israel keperluan untuk lebih mempertanggungjawabkan peneroka ekstremis yang melakukan serangan ganas terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat,” kata Blinken.

Blinken tidak mengumumkan larangan visa individu tetapi jurucakap jabatan itu, Matthew Miller berkata larangan itu akan dilaksanakan mulai Selasa, melibatkan “berpuluh-puluh” peneroka dan keluarga mereka dengan ramai lagi yang akan disenaraikan.

Dia tidak mendedahkan jumlahnya dan tidak mengenal pasti mana-mana peneroka yang disasarkan atas dasar penjagaan maklumat peribadi.

Kelakuan ganas peneroka haram telah lama menyasarkan komuniti Palestin di Tebing Barat dengan peningkatan serangan sejak setahun lalu.

Perkara itu juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *