Connect with us

Antarabangsa

Abai kekejaman di Gaza, Intel bina loji cip RM115 bilion di Israel

Kerajaan Israel bersetuju memberi Intel Corporation (INTC.O) geran $3.2 bilion (RM14.8 bilion) bagi pembinaan loji cip baharu bernilai $25 bilion (RM115.7 bilion) di selatan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Abai kekejaman di Gaza, Intel bina loji cip RM115 bilion di Israel
Foto: Naib Presiden Intel, Daniel Benatar (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • Kerajaan Israel bersetuju memberi Intel Corporation (INTC.O) geran $3.2 bilion (RM14.8 bilion) bagi pembinaan loji cip baharu bernilai $25 bilion (RM115.7 bilion) di selatan Israel.
  • Perkara itu disahkan kedua-dua pihak pada Selasa lalu.
  • Berita itu diumum di tengah-tengah kemelut serangan tanpa henti rejim Israel ke atas penduduk Gaza yang masih berterusan.
  • “Sokongan dari kerajaan Israel akan … memastikan Israel kekal sebagai pusat global teknologi semikonduktor dan bakat,” kata Naib Presiden Intel, Daniel Benatar.
  • Perkembangan itu menunjukkan sokongan berterusan syarikat utama AS kepada Israel ketika peningkatan tekanan daripada Washington supaya ia mengurangkan kadar kematian awam di Gaza.

Kerajaan Israel bersetuju memberi Intel Corporation (INTC.O) geran $3.2 bilion (RM14.8 bilion) bagi pembinaan loji cip baharu bernilai $25 bilion (RM115.7 bilion) di selatan Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perkara itu disahkan kedua-dua pihak pada Selasa lalu.

Berita itu diumum di tengah-tengah kemelut serangan tanpa henti rejim Israel ke atas penduduk Gaza yang masih berterusan.

“Sokongan dari kerajaan Israel akan … memastikan Israel kekal sebagai pusat global teknologi semikonduktor dan bakat,” kata Naib Presiden Intel, Daniel Benatar dalam laporan Reuters dipetik Times of Israel.

Pelaburan bersejarah itu merupakan transaksi pelaburan perniagaan terbesar Israel dengan pembuat cip Amerika Syarikat (AS) yang bakal melancarkan loji cip baharu, antara pelaburan terkini Intel sejak kebelakangan ini.

Di bawah seliaan Ketua Pegawai Eksekutif Pat Gelsinger, Intel melabur berbilion dolar dalam pembinaan kilang merentasi tiga benua.

Ia antara usaha memulihkan penguasaan dalam pasaran pembuatan cip supaya adanya persaingan lebih baik dengan pesaingnya iaitu AMD, Nvidia dan Samsung.

Perkembangan itu menunjukkan sokongan berterusan syarikat utama AS kepada Israel ketika peningkatan tekanan daripada Washington supaya ia mengurangkan kadar kematian awam di Gaza. – Agensi

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Antarabangsa

Israel tidak akan bayar apa saja harga untuk bebaskan warganya di Gaza

Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich (kanan).
  • Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.
  • Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich pada Selasa di tengah-tengah rundingan berterusan untuk membebaskan warga Israel, lapor Reuters.
  • Ditanya tentang 134 tawanan Israel yang masih berada di Gaza, Smotrich memberitahu Radio Kan bahawa pembebasan mereka “sangat penting” tetapi mereka tidak boleh diselamatkan “dengan apa sahaja kos”.
  • Smotrich berkata cara untuk membebaskan mereka adalah dengan meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Gaza dan kalahkan Hamas, kumpulan yang mentadbir wilayah itu.
  • Kenyataannya itu mendapat teguran pihak ketua pembangkang, Yair Lapid dan Menteri Benny Gantz, menimbulkan kemarahan beberapa keluarga tebusan yang cuba meningkatkan tekanan ke atas kerajaan supaya perjanjian diadakan.

Israel tidak akan bertindak membayar apa sahaja harga bagi tawanan warganya di Gaza dikembalikan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich pada Selasa di tengah-tengah rundingan berterusan untuk membebaskan warga Israel, lapor Reuters.

Ditanya tentang 134 tawanan Israel yang masih berada di Gaza, Smotrich memberitahu Radio Kan bahawa pembebasan mereka “sangat penting” tetapi mereka tidak boleh diselamatkan “dengan apa sahaja kos”.

Smotrich berkata cara untuk membebaskan mereka adalah dengan meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Gaza dan mengalahkan kumpulan Hamas yang mentadbir wilayah Palestin itu.

Kenyataannya itu mendapat teguran Ketua Pembangkang, Yair Lapid dan Menteri Benny Gantz menimbulkan kemarahan beberapa keluarga tebusan yang cuba meningkatkan tekanan ke atas kerajaan supaya perjanjian diadakan.

Sejurus selepas temu bual radio itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi pendirian Smotrich.

“Terdapat banyak tekanan ke atas Israel dari dalam dan luar negara supaya peperangan dihentikan sebelum kami mencapai semua sasaran kami, termasuk perjanjian supaya tebusan (dapat) dilepaskan pada apa sahaja harga.

“Kami tidak sanggup membayar pada apa sahaja harga, pastinya bukan dengan kos khayalan yang dituntut Hamas daripada kami, yang bermaksud kekalahan bagi negara Israel,” kata Netanyahu semalam. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending