Antarabangsa
70 peratus generasi muda AS mahu Israel hentikan peperangan di Gaza
Hampir 70 peratus generasi muda di Amerika Syarikat (AS) mahu rejim zionis menghentikan perang di Gaza walaupun Israel tidak berjaya membebaskan tebusan dan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.
- Hampir 70 peratus generasi muda di Amerika Syarikat (AS) mahu rejim zionis menghentikan perang di Gaza walaupun Israel tidak berjaya membebaskan tebusan dan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.
- Demikian keputusan tinjauan terkini diterbitkan The New York Times/Siena College pada Selasa, lapor Middle East Eye.
- Tinjauan itu mendapati 48 peratus generasi muda AS percaya Israel membunuh orang awam di Gaza dengan sengaja, manakala tiga per empat darinya percaya rejim zionis tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk mengelakkan kematian orang awam.
- Ia juga menunjukkan jurang perbezaan generasi antara individu berusia 18-29 tahun yang kritikal terhadap pendekatan Presiden Joe Biden dalam perang di Gaza dan sokongan kepada Israel, manakala mereka berumur 65 tahun ke atas tetap berpandangan AS perlu menyokong kempen ketenteraan Israel.
Hampir 70 peratus generasi muda di Amerika Syarikat (AS) mahu rejim zionis menghentikan perang di Gaza walaupun Israel tidak berjaya membebaskan tebusan dan menghapuskan kumpulan pejuang Palestin, Hamas.
Demikian keputusan tinjauan terkini diterbitkan The New York Times/Siena College pada Selasa, lapor Middle East Eye.
Tinjauan itu mendapati 48 peratus generasi muda AS percaya Israel membunuh orang awam di Gaza dengan sengaja, manakala tiga per empat darinya percaya rejim zionis tidak melakukan apa yang sepatutnya untuk mengelakkan kematian orang awam.
Ia juga menunjukkan jurang perbezaan generasi antara individu berusia 18-29 tahun yang kritikal terhadap pendekatan Presiden Joe Biden dalam perang di Gaza dan sokongan kepada Israel, manakala mereka berumur 65 tahun ke atas tetap berpandangan AS perlu menyokong kempen ketenteraan Israel.
Tinjauan itu juga mendapati 46 peratus golongan muda percaya bekas Presiden AS, Donald Trump mengendalikan isu berkenaan dengan lebih baik berbanding Biden, sementara 38 peratus pula berpandangan sebaliknya.
Sejak meletusnya perang di Gaza, AS memberikan sepenuhnya sokongan kepada negara haram Israel dari segi diplomatik dan bantuan ketenteraan.
Kempen peperangan rejim zionis Israel di wilayah konflik Gaza kini memasuki bulan ketiga sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times