Terkini
‘Ustaz budak’ kekal dipenjara 13 bulan
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki di sebuah hotel, Disember 2020.

- Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki di sebuah hotel, Disember 2020.
- Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas buat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.
- Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, ada tujuh isu dibangkitkan Syamsul Zaman yang turut dikenali Ustaz Budak dan ketujuh-tujuhnya ditolak.
- “Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai. Justeru, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada perayu yang bermula hari ini,” katanya.
Kota Bharu: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki di sebuah hotel, Disember 2020.
Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.
Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, ada tujuh isu yang dibangkitkan oleh Syamsul Zaman yang turut dikenali Ustaz Budak dan ketujuh-tujuhnya ditolak.
“Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.
“Pihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan dan niat perayu kepada mangsa.
“Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai. Justeru, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada perayu yang bermula hari ini,” katanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Syamsul Zaman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap lelaki berusia 30 tahun di bilik hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Disember 2020.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri.
Sumber: Harian Metro
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel