Connect with us

Terkini

RUU Kawalan Produk Merokok tanpa GEG diluluskan

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara.

Wartawan TMT

Published

on

RUU Kawalan Produk Merokok tanpa GEG diluluskan
Foto: Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.
  • Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara.
  • Kelulusan itu dicapai meskipun peruntukan generasi penamat rokok (GEG) digugurkan daripada RUU tersebut.
  • Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, walaupun GEG digugurkan daripada RUU itu, pihaknya terbuka untuk mengembalikannya pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di peringkat dasar selepas mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen melalui undian suara.

Kelulusan itu dicapai meskipun peruntukan generasi penamat rokok (GEG) digugurkan daripada RUU tersebut.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, walaupun GEG digugurkan daripada RUU itu, pihaknya terbuka untuk mengembalikannya pada masa akan datang.

“GEG mendapat beberapa pandangan dan ada sedikit pertikaian, tetapi kita akan tengok selepas penguatkuasaan RUU dan kita akan terus memantau.

“Apa kesan RUU ini terhadap penurunan mungkin prevalens merokok dan sebagainya, insya-Allah jika kita ada keperluan ketika itu, kita boleh bawa kembali tentang isu GEG ini,” katanya ketika sesi penggulungan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, pihak kementerian akan terus memberi komitmen untuk penguatkuasaan akta ini sebaik sahaja ia diluluskan.

“Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan masalah rokok dapat dibendung. Saya menyeru ahli Parlimen supaya beri sokongan demi masa depan anak-anak kita, anak kita anak saya, anak semua ahli Parlimen pun anak saya juga.

“Saya berharap semua pihak dapat menerimanya dengan baik dan segala perkara boleh dilihat dari sudut peraturan dan kita ada masa lagi untuk tambah baik RUU ini,” katanya. -UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending