Connect with us

Terkini

RUU Kawalan Merokok: Pengguguran GEG mengejutkan dan merugikan – Pakar Perlembagaan

Pengguguran peruntukan larangan tembakau dan vape generasi penamat (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 adalah tindakan yang mengejut dan merugikan. 

Avatar

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain (kiri), Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) dan Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof (kanan).
  • Pengguguran peruntukan larangan tembakau dan vape generasi penamat (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 adalah tindakan yang mengejut dan merugikan. 
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata peruntukan itu dibuat untuk merangka pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. 
  • Fathi Yusof berkata pengguguran itu merugikan perancangan kerajaan terdahulu yang melibatkan proses cadangan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. 
  • Jadi, bagi saya yang itu satu yang merugikan juga dari sudut perancangan dan kita lihat dalam penarikan balik itu tidak dinyatakan apakah perancangan susulan ataupun langkah gantian alternatif kepada GEG itu bagi menangani isu yang sama,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini. 
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula memberikan cadangan kepada kerajaan supaya membuat pindaan ke atas GEG, sekiranya mahu akta itu diluluskan. 

KUALA LUMPUR – Pengguguran peruntukan larangan tembakau dan vape generasi penamat (GEG) daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 adalah tindakan yang mengejut dan merugikan. 

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata peruntukan itu dibuat untuk merangka pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Fathi Yusof berkata pengguguran itu merugikan perancangan kerajaan terdahulu yang melibatkan proses cadangan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. 

“Sebenarnya, penarikan balik ini suatu yang agak mengejutkan juga kerana tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk merangka satu pelan jangka panjang bagi mengatasi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia. 

Jadi, bagi saya yang itu satu yang merugikan juga dari sudut perancangan dan kita lihat dalam penarikan balik itu tidak dinyatakan apakah perancangan susulan ataupun langkah gantian alternatif kepada GEG itu bagi menangani isu yang sama,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini. 

Terdahulu, kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan GEG daripada Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 kerana dilihat melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesaksamaan di sisi undang-undang. 

Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilaporkan berkata cadangan kohort atau larangan berdasarkan umur bertujuan mengharamkan produk tembakau dan vape bagi mereka yang lahir bermula 1 Januari 2007 sebagai tidak berperlembagaan. 

Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain pula memberikan cadangan kepada kerajaan supaya membuat pindaan ke atas GEG, sekiranya mahu akta itu diluluskan. 

Beliau berkata kerajaan boleh membentangkan semula RUU selepas pindaan dibuat dengan merujuk kepada nasihat Peguam Negara supaya peruntukan itu tidak melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. 

“Pinda diskriminasi berasaskan pada tarikh kelahiran, kepada penetapan usia, contohnya mereka yang berumur 18 tahun tidak boleh merokok.

“Dalam RUU itu juga boleh dimasukkan peruntukan bahawa genap tiga tahun bermula kuatkuasa akta ini, semua orang tidak boleh merokok. 

Mengulas lanjut, Ahmad Fauzi berkata kerajaan boleh memasukkan tempoh moratorium dengan membuat pendedahan, pendidikan dan rawatan melalui penyediaan pusat rawatan penagihan rokok. 

“Kerajaan boleh buat undang-undang maksudnya sekarang ni kita haramkan rokok umur berapa, lepas itu kerajaan bagitahu dalam tempoh tiga tahun lagi, semua orang tak boleh merokok,” kata Ahmad Fauzi. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending