Connect with us

Terkini

Parlimen: Status MPN akan dikaji semula

Kajian sedang dilaksanakan bagi menilai dan mengkaji semula status Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dengan mengambil kira matlamat penubuhannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
  • Kajian sedang dilaksanakan bagi menilai dan mengkaji semula status Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dengan mengambil kira matlamat penubuhannya.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata ini susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 mengenai penyalahgunaan pembiayaan kewangan selain amalan tadbir urus korporat institusi itu yang berada pada tahap tidak memuaskan.
  • “Tertakluk kepada keputusan kajian yang dibuat, syor LKAN supaya Artikel Pertubuhan MPN perlu dipinda dan wakil kerajaan dilantik sebagai ahli dalam Lembaga Pemegang Amanah bagi memantau operasi dan kewangannya secara terus, boleh dipertimbangkan,” katanya ketika menggulung perbahasan LKAN Siri 2/2024 untuk kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.
  • Menurut LKAN Siri 2/2024, MPN didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian RM373,516 selain membuat pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi RM207,000 tanpa kelulusan menteri dipertanggungjawabkan.

KUALA LUMPUR – Kajian sedang dilaksanakan bagi menilai dan mengkaji semula status Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dengan mengambil kira matlamat penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata ini susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 mengenai penyalahgunaan pembiayaan kewangan selain amalan tadbir urus korporat institusi itu yang berada pada tahap tidak memuaskan.

“Tertakluk kepada keputusan kajian yang dibuat, syor LKAN supaya Artikel Pertubuhan MPN perlu dipinda dan wakil kerajaan dilantik sebagai ahli dalam Lembaga Pemegang Amanah bagi memantau operasi dan kewangannya secara terus, boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 untuk kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Menurut LKAN Siri 2/2024, MPN didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516 selain membuat pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri dipertanggungjawabkan.

Antara pembayaran yang dilapor dilakukan MPN tanpa kelulusan Lembaga Pemegang Amanah ialah honorarium felow penyelidik berjumlah RM399,000, pemasangan lif dan pengubahsuaian pejabat (RM82,500), penyelarasan gaji pengurusan tertinggi(RM62,500) dan pembayaran elaun tetap Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (RM66,000).

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) sedang membuat pemeriksaan terhadap dokumen berkaitan dan mengenal pasti saksi terlibat untuk dipanggil dan dirakam keterangan berhubung isu dibangkitkan terhadap MPN.

Sementara itu, usul perbahasan LKAN Siri 2/2024 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kelmarin, diluluskan Dewan Rakyat semalam dengan lebih suara bersetuju.

Seramai 52 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang membahaskan laporan berkenaan dan digulung beberapa kementerian terlibat. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending