Antarabangsa
Pengarah, doktor-doktor di Hospital al-Shifa ditahan rejim zionis Israel
Rejim penjajah zionis Israel menahan Muhammad Abu Salmiya yang juga pengarah kompleks perubatan terbesar di Gaza, Hospital al-Shifa.
- Rejim penjajah zionis Israel menahan Muhammad Abu Salmiya yang juga pengarah kompleks perubatan terbesar di Gaza, Hospital al-Shifa.
- Penahanannya dilakukan bersama beberapa doktor-doktor kanan lain, kata ketua jabatan hospital itu, Khalid Abu Samra kepada agensi berita AFP hari ini.
- Penahanan itu turut dilaporkan Pihak Berkuasa Penyiaran Israel dan disahkan menerusi satu hantaran di platform media sosial X, oleh sepupu kepada Salmiya, Adham Abu Selmiya.
- Pemberita Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang membuat liputan di selatan Gaza turut melaporkan berkenaan penahanan itu.
- “Dr Muhammad Abu Salmiya, pengarah kompleks perubatan al-Shifa ditahan tentera pendudukan Israel. Malah sebelum itu, dua petugas paramedik telah pun ditahan (mereka),” kata Tareq.
Rejim penjajah zionis Israel menahan Muhammad Abu Salmiya yang juga pengarah kompleks perubatan terbesar di Gaza, Hospital al-Shifa.
Penahanannya dilakukan bersama beberapa doktor-doktor kanan lain, kata ketua jabatan hospital itu, Khalid Abu Samra kepada agensi berita AFP hari ini.
Penahanan itu turut dilaporkan Pihak Berkuasa Penyiaran Israel dan disahkan menerusi satu hantaran di platform media sosial X, oleh sepupu kepada Salmiya, Adham Abu Selmiya.
Pemberita Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang membuat liputan di selatan Gaza turut melaporkan berkenaan penahanan itu.
“Dr Muhammad Abu Salmiya, pengarah kompleks perubatan al-Shifa ditahan tentera pendudukan Israel. Malah sebelum itu, dua petugas paramedik telah pun ditahan (mereka).
“Ini petanda jelas tiadanya perlindungan imuniti di Gaza, ia tiada untuk pekerja perubatan, kru pertahanan awam, malah wartawan, melihat kepada serangan yang ternyata melibatkan segenap kelas komuniti penduduk Palestin,” kata Tareq.
Al Jazeera melaporkan Hospital al-Shifa telah dijadikan fokus utama serangan keganasan darat Israel di utara Gaza.
Tentera pengganas rejim Israel yang menyerbu hospital itu minggu lalu mendakwa pejuang-pejuang Hamas menggunakan terowong di bawah kompleks kesihatan di Bandar Gaza itu untuk menjalankan serangan.
Kumpulan Hamas dan pegawai hospital itu bagaimanapun berulang kali menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: Al Jazeera