Connect with us

Terkini

Masyarakat Kristian perlu nilai semula pendirian zionis Israel terhadap agama mereka

Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle.

Avatar

Published

on

Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle.
  • Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle. 
  • Rozaimi berkata ini kerana bukan masyarakat Islam sahaja ditindas dan dibantai di Palestin oleh rejim zionis Israel, tetapi  kelompok Kristian di sana turut berdepan nasib sama.
  • “Orang Kristian dalam negara ini perlu menilai semula pendirian orang Israel terhadap agama mereka. Adakah Israel itu tidak menzalimi rakan-rakan kita daripada agama Kristian di Palestin sana, sedangkan mereka juga ditindas.
  • “Jadi baca data dan fakta dengan betul. Bukan hanya orang Islam yang ditindas, di Gaza pun ada orang Kristian. Gereja juga dibom,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, semalam.
  • Rozaimi mengulas berhubung dengan kenyataan beberapa wakil rakyat dari kelompok Cina termasuk Uskup Kuching sendiri yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KUALA LUMPUR – Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle. 

Rozaimi berkata ini kerana bukan masyarakat Islam sahaja ditindas dan dibantai di Palestin oleh rejim zionis Israel, tetapi  kelompok Kristian di sana turut berdepan nasib sama.

“Orang Kristian dalam negara ini perlu menilai semula pendirian orang Israel terhadap agama mereka. Adakah Israel itu tidak menzalimi rakan-rakan kita daripada agama Kristian di Palestin sana, sedangkan mereka juga ditindas.

“Jadi baca data dan fakta dengan betul. Bukan hanya orang Islam yang ditindas, di Gaza pun ada orang Kristian. Gereja juga dibom,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, semalam.

Beliau mengulas berhubung dengan kenyataan beberapa wakil rakyat dari kelompok Cina termasuk Uskup Kuching sendiri yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Uskup Kuching, Sarawak sebelum ini dilaporkan berkata KPM dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dalam penganjuran acara begini. 

“Tidak sepatutnya ia libatkan sekolah dan murid sekolah! Kementerian Pendidikan hanya perlu memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tidak mengheret anak-anak muda kita ke dalam konflik yang kompleks ini dan mencemarkan minda muda mereka dengan cara memainkan naratif berat sebelah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata terdapat kelompok Muslim terpengaruh dengan naratif yang dibawa media barat sedangkan mereka tidak memahami isu jihad.

“Ada saja Muslim yang terkesan dengan barat yang kadang-kadang tidak memahami pun berkenaan isu jihad ini dan seolah-olah menganggap apa yang berlaku di Palestin dan Israel ni sebenarnya perlu kepada penyelesaian, kedamaian. Sedangkan mereka tidak tahu pun apa yang berlaku di Palestin, rumah mereka dicuri, diambil,” katanya. 

Dalam isu Palestin, beliau berkata perdamaian tidak akan dicapai tetapi umat Islam di wilayah konflik itu akan sentiasa ditindas.

Terdahulu, KPM mengumumkan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin melibatkan institusi pendidikan bawah kementeriannya bermula 29 Oktober hingga 3 November ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending