Connect with us

Terkini

Malaysia serah terus bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa melalui Fatah, PA – Anwar

Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan secara terus kepada warga Palestin terjejas di Gaza, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan secara terus kepada warga Palestin yang menjadi mangsa tindakan genosid Israel di Gaza, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri berkata bantuan kemanusiaan dari Malaysia tidak akan disalurkan melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.
  • “Terus kepada Gaza, bukan Fatah,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Hospital Serdang di sini hari ini.
  • Semalam, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui PA di bawah Fatah.

SERDANG – Kerajaan Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan secara terus kepada warga Palestin yang menjadi mangsa tindakan genosid Israel di Gaza, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata bantuan kemanusiaan dari Malaysia tidak akan disalurkan melalui Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

“Terus kepada Gaza, bukan Fatah,” katanya kepada pemberita selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Hospital Serdang di sini hari ini.

Semalam, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menuntut Kerajaan Malaysia untuk menyampaikan sumbangan secara telus kepada rakyat Palestin di Gaza dan bukannya melalui PA di bawah Fatah.

Pengarah GSPP, Muhammad Fauzi Asmuni berkata ini kerana kumpulan itu mempunyai persepakatan dengan negara haram Israel selain berpusat di Tebing Barat yang juga wilayah berasingan di Palestin berbanding Gaza. 

Katanya, Fatah sendiri dilihat berdiam diri dan tidak memberikan sokongan kepada Hamas ketika tindakan genosid Israel ke atas rakyat Gaza ketika ini.

Ketika ditanya  wartawan tentang pendirian Malaysia mengenai langkah memindahkan penduduk Palestin di Gaza ke Sinai, Mesir, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan pada esok. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *