Antarabangsa
Lelaki transgender ugut bunuh dan cabul kanak-kanak, didakwa rancang serang sekolah
Seorang lelaki transgender menghadapi 14 pertuduhan jenayah berat kerana mengancam untuk menembak dan membunuh kanak-kanak atas nama komuniti transgender, lapor Reduxx.
- Seorang lelaki transgender menghadapi 14 pertuduhan jenayah berat kerana mengancam untuk menembak dan membunuh kanak-kanak atas nama komuniti transgender, lapor Reduxx.
- Alexia Willie sebelum ini dikenali sebagai Jason Lee Willie juga dikatakan berjanji untuk mencabul kanak-kanak perempuan di tandas awam sebagai pembalasan ekoran isu transfobia.
- Sebelum ini, dia ditahan di Perry County, Illinois pada 14 Ogos lalu selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyekat siaran langsungnya yang dilihat mencurigakan.
- Menerusi siaran itu, Willie mengancam untuk menimbulkan kekacauan dengan menunjukkan plot untuk melakukan serangan terhadap sebuah sekolah yang tidak dinyatakan namanya.
AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki transgender menghadapi 14 pertuduhan jenayah berat kerana mengancam untuk menembak dan membunuh kanak-kanak atas nama komuniti transgender, lapor Reduxx.
Alexia Willie sebelum ini dikenali sebagai Jason Lee Willie juga dikatakan berjanji untuk mencabul kanak-kanak perempuan di tandas awam sebagai pembalasan ekoran isu transfobia.
Sebelum ini, dia ditahan di Perry County, Illinois pada 14 Ogos lalu selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyekat siaran langsungnya yang dilihat mencurigakan.
Menerusi siaran itu, Willie mengancam untuk menimbulkan kekacauan dengan menunjukkan plot untuk melakukan serangan terhadap sebuah sekolah yang tidak dinyatakan namanya.
Rekod mahkamah pada 7 November lalu juga mendedahkan yang dia mengugut untuk mencabul kanak-kanak di dalam tandas dan merancang untuk meniru kes pembunuhan di sebuah sekolah di Nashville, Tennessee, yang mengorbankan enam wanita dan tiga kanak-kanak.
“Individu di Tennessee itu pergi ke salah satu sekolah kalian dan bunuh sejumlah kanak-kanak perempuan Kristian. Itu bukan kali terakhir jika kamu tidak tutup mulut kamu. Tutup mulut kamu, awak faham.
“Ramai golongan transgender yang sudah penat menjadi sasaran buli, kami akan pergi ke sekolah dan bunuh kanak-kanak di luar sana serta itu merupakan kesudahannya. Kita sedang berperang,” katanya.
Willie turut mengaku dia merupakan seorang pedofil dengan mempunyai niat melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak perempuan.
“Saya di dalam tandas sedang merasai kemaluan kanak- kanak perempuan dan saya menyukainya. Awak tak boleh buat apa-apa. Saya terang-terangan merupakan seorang pedofil. Awak tak boleh buat apa-apa, awak boleh menangis. Siarkan saya di televisyen, saya tidak kisah.
“Saya seorang transgender, saya sedang mencabul kanak-kanak perempuan dalam tandas dan saya ingin kalian mengetahuinya. Kami berjanji akan cabul kanak-kanak perempuan di luar sana. Awak tak boleh berbuat apa-apa.
“Saya berjanji akan tangkap anak perempuan awak dalam tandas secara berseorangan dan akan mencabulnya sehingga mati,” katanya.
Dalam komentar lain yang dibuat semasa siaran langsung itu, Willie juga mengugut untuk menyuntik wanita dengan jarum HIV.
Dia kini ditahan ditahan dan berada di bawah tahanan Perkhidmatan US Marshal dan bakal menghadapi perbicaraan pada 16 Januari tahun depan.
Sumber: Reduxx