Connect with us

Antarabangsa

Keputusan lanjut ‘jeda kemanusiaan’ belum dipersetujui di Gaza

Tiada keputusan rasmi dari rejim Israel untuk melanjutkan ‘jeda kemanusiaan’ (gencatan senjata sementara), kata pegawai kerajaan dan keselamatan Israel menjelaskan senarai baharu tawanan untuk dibebaskan pada Khamis juga belum dipersetujui.

Wartawan TMT

Published

on

Keputusan lanjut ‘jeda kemanusiaan’ belum dipersetujui di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tiada keputusan rasmi dari rejim Israel untuk melanjutkan ‘jeda kemanusiaan’ (gencatan senjata sementara), kata pegawai kerajaan dan keselamatan Israel menjelaskan senarai baharu tawanan untuk dibebaskan pada Khamis juga belum dipersetujui.
  • Al Jazeera melaporkan pengantara yang dilapor menyerahkan senarai itu kepada pihak Israel berkata senarai itu ditolak dan pengubahsuaian perlu dilakukan ke atasnya.
  • Gencatan senjata semasa ditetapkan untuk tamat pada 7 pagi waktu tempatan (05:00 GMT).

Tiada keputusan rasmi dari rejim Israel untuk melanjutkan ‘jeda kemanusiaan’ (gencatan senjata sementara), kata pegawai kerajaan dan keselamatan Israel menjelaskan senarai baharu tawanan untuk dibebaskan pada Khamis juga belum dipersetujui.

Al Jazeera melaporkan pengantara yang dilapor menyerahkan senarai itu kepada pihak Israel berkata senarai itu ditolak dan pengubahsuaian perlu dilakukan ke atasnya.

Gencatan senjata semasa ditetapkan untuk tamat pada 7 pagi waktu tempatan (05:00 GMT).

Sumber berasingan melaporkan jika senarai itu tidak diubah menjelang pagi, gencatan senjata akan tamat dan serangan akan disambung semula.

Perkara ini juga turut berlaku semalam tetapi kemudiannya pihak Israel mengaku menerima dan mempersetujuinya.

Sebelum ini, Israel berjanji dan merancang untuk menyambung peperangan di tengah-tengah usaha perundingan untuk pelanjutan gencatan senjata sementara di Gaza.

Terkini, tentera rejim zionis Israel berkata 10 tawanan Israel dan empat warga Thailand telah dibebaskan di Gaza dengan sebelumnya, pembebasan awal dua warga Israel dengan kewarganegaraan Russia.

Tiga puluh wanita dan kanak-kanak Palestin juga telah dibebaskan dari penjara Israel pada awal pagi Khamis.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending