Connect with us

Antarabangsa

Kem pelarian Jabalia dibedil kali kedua, 80 terkorban

Serangan udara kedua untuk dua hari berturut-turut sekali lagi menggegarkan kem pelarian Jabalia semalam yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 orang, lapor saluran berita CNN.

Wartawan TMT

Published

on

Kem pelarian Jabalia dibedil kali kedua, 80 terkorban
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan udara kedua untuk dua hari berturut-turut sekali lagi menggegarkan kem pelarian Jabalia semalam yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 orang, lapor saluran berita CNN.
  • Pengarah hospital Indonesia di Gaza, Dr. Atef Al Kahlout berkata, sekurang-kurangnya 80 mayat dibawa ke kemudahan berkenaan selepas pengeboman tersebut, manakala banyak lagi yang tertimbus di bawah runtuhan.
  • Menurut Atef, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia ialah wanita dan kanak-kanak selain beratus-ratus lagi cedera.
  • Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan pasukannya mengebom kawasan kejiranan Falluja di kem pelarian Jabalia dengan mendakwa beberapa anggota Hamas terbunuh dalam serangan tersebut.

BANDAR GAZA – Serangan udara kedua untuk dua hari berturut-turut sekali lagi menggegarkan kem pelarian Jabalia semalam yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 80 orang, lapor saluran berita CNN.

Pengarah hospital Indonesia di Gaza, Dr. Atef Al Kahlout berkata, sekurang-kurangnya 80 mayat dibawa ke kemudahan berkenaan selepas pengeboman tersebut, manakala banyak lagi yang tertimbus di bawah runtuhan.

Menurut Atef, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia ialah wanita dan kanak-kanak selain beratus-ratus lagi cedera.

Pasukan Pertahanan Israel mengesahkan pasukannya mengebom kawasan kejiranan Falluja di kem pelarian Jabalia dengan mendakwa beberapa anggota Hamas terbunuh dalam serangan tersebut.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan kemusnahan teruk di sekeliling kawasan yang mempunyai kawah yang dalam akibat dibom.

Orang ramai menggali runtuhan bagi mencari mayat atau mangsa yang selamat.

Askar Rejim Zionis melancarkan serangan udara juga di kem pelarian Jabalia kelmarin, di sebuah kawasan berdekatan Falluja.

Pegawai perubatan meletakkan angka kematian yang tinggi iaitu lebih 100 orang, namun Kementerian Kesihatan di Gaza menyebut sebagai 50 terkorban.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending