Terkini
IKRAM nafi rakyat Palestin ganas, pemarah dan penuh kebencian
Rata-rata rakyat Palestin cemerlang dalam pendidikan dan menghormati budaya tempatan. Sifat terpuji ini sekaligus menepis dakwaan yang dibuat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menggambarkan pelarian Palestin sebagai pihak yang penuh keganasan, kemarahan dan kebencian.
- Rata-rata rakyat Palestin cemerlang dalam pendidikan dan menghormati budaya tempatan. Sifat terpuji ini sekaligus menepis dakwaan yang dibuat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menggambarkan pelarian Palestin sebagai pihak yang penuh keganasan, kemarahan dan kebencian.
- “Mana-mana ahli Parlimen di Malaysia sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan sentimen rakyat.
- “Ini sangat penting, rakyat Malaysia bahkan orang ramai di global, bersolidariti mengenai nasib rakyat Palestin,” katanya.
KUALA LUMPUR- Rata-rata rakyat Palestin cemerlang dalam pendidikan dan menghormati budaya tempatan. Sifat terpuji ini sekaligus menepis dakwaan yang dibuat Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menggambarkan pelarian Palestin sebagai pihak yang penuh keganasan, kemarahan dan kebencian.
Berikut kenyataan susulan Setiausaha Agung Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Shahrul Aman Mohd Saari, yang turut menasihati pemimpin di Malaysia agar peka dengan isi hati rakyat yang rata-ratanya bersolidariti dengan nasib Palestin kini.
“Mana-mana ahli Parlimen di Malaysia sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan sentimen rakyat.
“Ini sangat penting, rakyat Malaysia bahkan orang ramai di global, bersolidariti mengenai nasib rakyat Palestin,” katanya.
Shahrul Aman ketika dihubungi The Merdeka Times pada Rabu menjelaskan, rakyat Palestin merupakan mangsa kepada genosid rejim penjajah Israel dan ia memaksa mereka mencari apa sahaja peluang bagi meneruskan kehidupan.
Sebelum ini, Nanta menyatakan keengganan Sarawak menerima pelarian Palestin ekoran bimbang menambah beban kerajaan negeri sedia ada.
Menteri Kerja Raya itu turut bersetuju dengan gabungan pertubuhan awam di Sabah dan Sarawak yang menggesa kerajaan untuk memeriksa pencari suaka dari Palestin bagi memastikan unsur militan dan radikal tidak berjaya menyusupi ke negeri tersebut.
Peter John Jaban, dari Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak berkata, kerajaan Sarawak harus menjaga autonominya ke atas kawalan imigresen, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan sokongan kepada Hamas. – The Merdeka Times