Antarabangsa
Bella Hadid diganti dengan model Israel, Dior dikecam netizen
Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.

- Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.
- Ekoran daripada perkara tersebut, tanda pagar model berketurunan Palestin- Amerika itu kini sohor dengan menduduki antara kedudukan teratas di laman sosial berkenaan.
- Bella yang merupakan model berketurunan Palestin-Amerika menghiasi jenama antarabangsa itu sejak 2016 dan sangat lantang bersuara tentang isu Palestin dan mengkritik Israel.
Syarikat kosmetik antarabangsa, Dior dikecam teruk di laman sosial, terutama di platform X, kerana menggantikan Bella Hadid dengan model Israel, May Tager sebagai duta kepada jenama itu.
Tanda pagar model berketurunan Palestin-Amerika itu juga kini menduduki antara kedudukan teratas di laman sosial berkenaan.
Bella yang merupakan model berketurunan Palestin-Amerika sebelum ini menghiasi jenama antarabangsa itu sejak 2016 dan sangat lantang bersuara tentang isu Palestin dan mengkritik Israel.
Seorang pengguna X bernama Oceasnsjonas berkata dia tidak dapat menerima tindakan Dior itu.
“Saya tak dapat percaya bahawa Dior sanggup membuang Bella daripada wajah syarikat mereka dan menggantikan dengan model Israel.
“Kalian semua fahamkah bagaimana kejamnya tindakan ini. Mereka cuba mengenepikan wajahnya (Bella) kerana dia sangat lantang bersuara tentang Palestin,” katanya di platform X.
Individu bernama Censored Men turut mengecam tindakan Dior itu.
“Bella telah sekian lama mendukung perjuangan Palestin kerana dia juga berketurunan sama dan keluarganya menderita disebabkan pendudukan Israel.
“Dior telah melakukan tindakan yang memalukan,” katanya.
Menurut media tempatan Israel, meskipun banyak syarikat di global ketika ini mengelak daripada memberikan sokongan kepada Israel secara terbuka, namun Dior bertindak sebaliknya.
Bella sebelum ini turut mendapat pelbagai ancaman atas talian, termasuk ugutan bunuh, kerana lantang bersuara isu Palestin yang kini hangat kembali
Bagaimanapun Bella berkata, dia tidak gentar dengan ugutan itu kerana ketakutan bukan satu pilihan baginya. – The Merdeka Times
Sumber: Platform X, WION
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas