Connect with us

Antarabangsa

WHO kecam Israel bom hospital Kristian di Gaza

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli Arab di utara semenanjung Gaza, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

WHO kecam Israel bom hospital Kristian di Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli Arab di utara semenanjung Gaza, semalam.
  • WHO dalam kenyataan di akaun rasmi pertubuhan itu di platform X mengesahkan hospital tersebut sedang beroperasi dengan pesakit, penjaga dan perawat kesihatan, serta masyarakat tanpa tempat tinggal yang menjadikan lokasi itu tempat berlindung berada di dalamnya.
  • Laporan awal menyatakan ratusan kematian serta kecederaan impak dari serangan di hospital tersebut juga telah disahkan badan pertubuhan itu.
  • “Hospital itu merupakan salah satu daripada 20 hospital di utara Semenanjung Gaza yang menerima arahan untuk berpindah daripada pihak ketenteraan Israel,” kata WHO.
  • Sekurang-kurangnya 500 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza, semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli Arab di utara semenanjung Gaza, semalam.

WHO dalam kenyataan di akaun rasmi pertubuhan itu di platform X mengesahkan hospital tersebut sedang beroperasi dengan pesakit, penjaga dan perawat kesihatan, serta masyarakat tanpa tempat tinggal yang menjadikan lokasi itu tempat berlindung berada di dalamnya.

Laporan awal menyatakan ratusan kematian serta kecederaan impak dari serangan di hospital tersebut juga telah disahkan badan pertubuhan itu.

“Hospital itu merupakan salah satu daripada 20 hospital di utara Semenanjung Gaza yang menerima arahan untuk berpindah daripada pihak ketenteraan Israel. 

“Arahan pemindahan mustahil dilaksanakan memandangkan keadaan semasa yang tidak selamat dengan keadaan kritikal ramai pesakit selain kekurangan ambulans, kakitangan, kapasiti katil sistem kesihatan, dan tempat perlindungan alternatif bagi mereka yang hendak dipindahkan.

“WHO dengan itu menyeru tindakan segera dan aktif melindungi orang awam dan penjagaan kesihatan selain perintah pemindahan itu mesti dibatalkan.

“Ini termasuk peraturan kemanusiaan antarabangsa dipatuhi, yang bermaksud penjagaan kesihatan terus dilindungi dengan aktif dan tidak sekali-kali dijadikan sasaran,” kata WHO.

Sekurang-kurangnya 500 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas Hospital Baptis Al-Ahli di Gaza, semalam.

Sumber: X – WHO

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *