Connect with us

Terkini

Ulama, influencer betulkan naratif yang salah terkait Hamas – Mufti Sabah

Pengganas sebenar dalam konflik Palestin dan negara haram Israel adalah zionis. Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pengganas inilah yang yang telah menjajah dan menzalimi rakyat Palestin sejak 75 tahun lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Ulama, influencer betulkan naratif yang salah terkait Hamas - Mufti Sabah
Foto: Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
  • Hamas bukan pengganas sebaliknya kumpulan pembebasan negara Palestin, pengganas sebenar adalah zionis Israel yang menjajah dan menzalimi rakyat Palestin sejak 75 tahun lalu, kata Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.
  • Naratif yang mengatakan Hamas adalah pengganas perlu diperbetulkan oleh kelompok asatizah, ulama, pempengaruh termasuk masyarakat di negara ini.
  • Katanya, adalah menjadi kewajipan ulama dan asatizah untuk memperbetulkan naratif kebenaran pejuang sebenar dalam perang Palestin-Israel supaya masyarakat tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.
  • Para asatizah, ulama, semua sekali termasuk masyarakat, influencer, TikTokers dan lain-lain yang menguasai mesti membetulkan naratif bahawa Hamas bukan terrorist tapi dia adalah pejuang pembebasan negara Palestin,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Mufti Sabah itu berkata kelompok ulama dan asatizah mempunyai peranan yang besar dalam isu terbabit kerana sebahagian dari mereka bertaraf selebriti dan mempunyai jutaan pengikut justeru ini waktu tepat untuk mereka memperbetulkan naratif yang salah.

KUALA LUMPUR — Pengganas sebenar dalam konflik Palestin dan negara haram Israel adalah zionis. Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata pengganas inilah yang yang telah menjajah dan menzalimi rakyat Palestin sejak 75 tahun lalu.

Sehubungan itu, naratif yang mengatakan Hamas adalah pengganas perlu diperbetulkan oleh kelompok asatizah, ulama, pempengaruh termasuk masyarakat di negara ini.

Katanya, adalah menjadi kewajipan ulama dan asatizah untuk memperbetulkan naratif kebenaran pejuang sebenar dalam perang Palestin-Israel supaya masyarakat tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.

“Para asatizah, ulama, semua sekali termasuk masyarakat, influencer, TikTokers dan lain-lain yang menguasai mesti membetulkan naratif bahawa Hamas bukan terrorist tapi dia adalah pejuang pembebasan negara Palestin. 

The real terrorist ialah zionis Israel kerana mereka telah mula menjarah, menjajah, menzalimi rakyat Palestin dah nak masuk 75 tahun dah tahun ini tanah mereka (Palestin) diambil, mereka dibunuh, diseksa di blockage dan segala macam dengan kezaliman, ada setengah orang kan, dia rasa oh ini Hamas yang memulakan peperangan ini (7 Oktober) kononnya. 

“Sebenarnya tidak. Hamas hanya meneruskan peperangan yang sudah pun berlangsung sejak 75 tahun yang lepas. Itu naratif yang betul,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Datuk Zamri Hashim yang mengatakan kewajipan ulama dan asatizah untuk meluruskan naratif masyarakat berhubung operasi Taufan Al-Quds dilancarkan Hamas dua minggu lalu supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.

Advertisement

Mufti Sabah itu berkata kelompok ulama dan asatizah mempunyai peranan yang besar dalam isu terbabit kerana sebahagian dari mereka bertaraf selebriti dan mempunyai jutaan pengikut justeru ini waktu tepat untuk mereka memperbetulkan naratif yang salah.

“Media barat memang mengkultuskan Israel so mereka guna play victim seolah-olah mereka yang jadi mangsa tapi dia lupa selama 75 tahun ini dia telah mengubah landskap sebuah negara merdeka Palestin menjadi sebuah Israel yang dulunya 90 peratus rakyat Palestin adalah Muslim Arab.

“Sekarang ini mereka tidak sampai 20 percent. Jadi peranan para asatizah ini amat-amat penting,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak menggunakan segala platform yang ada termasuk media sosial untuk memperbetulkan naratif yang salah sekali gus membantu rakyat Palestin yang tertindas.

“Kesimpulannya, perjuangan Hamas perlu kita sokong. Tindakan mereka (pada 7 Oktober)  tepat untuk mengajar Israel. Mati dalam keadaan mulia itu lebih baik daripada hidup tetapi dalam kehinaan, ditindas, dimalukan, dihina dan macam-macam,” kata Mufti Sabah itu. — The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca




Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending