Terkini
Ulama, asatizah perlu luruskan naratif kebenaran pejuang Hamas dalam perang Palestin-Israel
Kewajipan ulama dan asatizah untuk meluruskan naratif masyarakat berhubung operasi Taufan Al-Quds dilancarkan Hamas dua minggu lalu supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.

- Kewajipan ulama dan asatizah untuk meluruskan naratif masyarakat berhubung operasi Taufan Al-Quds dilancarkan Hamas dua minggu lalu supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.
- Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Datuk Zamri Hashim berkata, langkah dilakukan sayap kanan Hamas iaitu Briged al Qassam adalah ijtihad intervensi untuk menyelamat maruah, mengangkat fardhu kifayah kepada umat Islam dalam berjihad daripada musuh bersenang-lenang mencapai impian mereka.
- “Sepatutnya kita berterima kasih kepada Briged al Qassam dan para mujahidin yang lain sebagai wakil-wakil umat Islam seluruh dunia yang sanggup berkorban nyawa untuk mewakili kita menjaga air muka kita semua dan bukan mencelanya. Mereka adalah hero sebenar dalam jihad ini.
- “Sebagai bangsa yang terjajah, mereka berhak untuk bangkit dan berjuang mengembalikan hak mereka, maka janganlah masyarakat terpengaruh dengan diayah media barat yang menggambarkan Briged al Qassam yang bersalah kerana memulakan serangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
KUALA LUMPUR — Kewajipan ulama dan asatizah untuk meluruskan naratif masyarakat berhubung operasi Taufan Al-Quds dilancarkan Hamas dua minggu lalu supaya mereka tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam.
Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS), Datuk Zamri Hashim berkata langkah dilakukan sayap kanan Hamas iaitu Briged al Qassam adalah ijtihad intervensi untuk menyelamat maruah, mengangkat fardhu kifayah kepada umat Islam dalam berjihad daripada musuh bersenang-lenang mencapai impian mereka.
“Sepatutnya kita berterima kasih kepada Briged al Qassam dan para mujahidin yang lain sebagai wakil-wakil umat Islam seluruh dunia yang sanggup berkorban nyawa untuk mewakili kita menjaga air muka kita semua dan bukan mencelanya. Mereka adalah hero sebenar dalam jihad ini.
“Dalam isu peperangan Taufan al Quds yang sudah berlangsung 2 minggu, ulama dan asatizah perlu memainkan peranan meluruskan beberapa naratif masyarakat agar tidak terpedaya dengan dakyah media barat yang menzalimi umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Zamri yang juga merupakan Majlis Penasihat Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) berkata, ada dua perkara yang masyarakat perlu mendapat pencerahan daripada ulama dan asatizah.
Beliau berkata pencerahan pertama berhubung ada pihak menyalahkan Briged al Qassam yang dikatakan memulakan serangan sehingga tindak balas pihak lawan menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta.
Katanya, tiada isu Briged al Qassam memulakan serangan ke atas lawan kerana hakikatnya penduduk Palestine dijajah, dirampas, dibunuh dan dihalau setiap hari sepanjang 75 tahun semenjak 1917 serta lebih agresif pada 1948 melalui peristiwa Nakbah.
“Sebagai bangsa yang terjajah, mereka berhak untuk bangkit dan berjuang mengembalikan hak mereka, maka janganlah masyarakat terpengaruh dengan diayah media barat yang menggambarkan Briged al Qassam yang bersalah kerana memulakan serangan.
“Kedua; ada pihak yang menyalahkan Briged al Qassam kerana melakukan serangan dalam keadaan pada anggapan mereka asset tentera dikatakan tidak setanding dengan asset musuh sehingga tindak balas musuh menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta yang tiada taranya dalam sejarah siri peperangan merebut al Quds.
“Masyarakat kena sedar bahawa usaha untuk melenyapkan negara Palestin dari peta dunia dan memandulkan semangat perjuangan umat Islam mengembalikan masjid Al-Aqsa telah dirancang dan dilaksanakan secara cukup teliti dan berstrategi dengan sokongan dan dokongan kuasa-kuasa besar,” kata Zamri.
Beliau berkata usaha itu bermula dengan pendudukan British 1917, Nakbah 1948 dan Deal of the century rundingan yang membawa kepada pengiktirafan beberapa negara Arab terhadap negara haram penjajah iaitu Israel melalui proses normalisasi.
Katanya, kemuncak kepada itu adalah apabila Perdana Menteri negara tersebut secara terbuka mengisytiharkan rancangan baru The New Middle East di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melenyapkan Palestin dari peta dunia, melenyapkan negara Palestin itu sendiri dan menguburkan semangat perjuangan mengembalikan hak kiblat pertama kepada umat Islam.
Pada 7 Oktober lalu, Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,400 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 6,546 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama. —- The Merdeka Times
Sumber : Facebook Ustaz Haji Zamri Hashim
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas