Terkini
Tiada bukti Aman Palestin mengelirukan orang ramai – CEO Aman Palestin
Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- “Setakat ini kami telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM. Alhamdulillah, setakat ini tiada bukti yang mengelirukan orang awam.
- “Kita juga ada peguam yang membantu kita dalam hal-hal perundangan dan semoga kebenaran akan terbuka juga,” katanya dalam kenyataan di Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini.
- Pada 24 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
- Langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan mengatakan wang dikutip NGO itu disalahgunakan.
KUALA LUMPUR —- Setakat ini tiada bukti menunjukkan Aman Palestin mengelirukan masyarakat awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Awang Suffian berkata pihaknya memberikan kerjasama baik kepada SPRM dalam siasatan dijalankan terhadap Aman Palestin.
“Setakat ini kami telah memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM. Alhamdulillah, setakat ini tiada bukti yang mengelirukan orang awam.
“Kita juga ada peguam yang membantu kita dalam hal-hal perundangan dan semoga kebenaran akan terbuka juga.
“Insyallah aktiviti dan perjuangan kita berjalan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) hari ini.
Pada 24 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
Beliau berkata langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan yang mengatakan wang dikutip NGO itu disalahgunakan.
Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Perlis untuk tidak membenarkan kutipan derma oleh Aman Palestin di surau dan masjid di Perlis. — The Merdeka Times
Sumber : Telegram Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)