Connect with us

Terkini

Aman Palestin kesal difitnah, tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Aman Palestin Berhad kesal dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab dikenakan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkenaan isu kutipan derma di negeri Perlis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Aman Palestin kesal difitnah, tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Aman Palestin Berhad kesal dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab dikenakan terhadap NGO itu berkenaan isu kutipan derma di negeri Perlis.
  • Aman Palestin dalam kenyataannya hari ini menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan wajar dan munasabah, termasuk tindakan undang-undang demi mempertahankan nama baik, kewibawaan dan integriti pertubuhan itu daripada fitnah dilemparkan.
  • “Dan di saat semua kakitangan dan pihak pengurusan Aman Palestin di seluruh negara begitu sibuk dan tidak menang tangan untuk menguruskan bantuan kepada saudara-saudari kita di Palestin, ia harus berhadapan dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab di kampung halaman sendiri,” kata Aman Palestin.
  • Semalam, Facebook dengan nama PROmediaTAJDID memuat naik kenyataan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis yang berpendapat ada hal-hal yang tidak jelas dan menimbulkan persoalan berhubung dengan kutipan Tabung Aman Palestin.
  • Kenyataan itu berkata terdapat aduan diterima daripada beberapa pihak meminta agar pertubuhan itu disiasat berkaitan wang kutipan yang dipungut dan dikumpulkan selama ini.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin Berhad kesal dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab dikenakan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkenaan isu kutipan derma di negeri Perlis.

Aman Palestin dalam kenyataannya hari ini menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan wajar dan munasabah, termasuk tindakan undang-undang demi mempertahankan nama baik, kewibawaan dan integriti pertubuhan itu daripada fitnah dilemparkan.

“Aman Palestin sangat kesal dengan perkembangan ini di saat umat Islam dan rakyat Palestin sedang bergelut dengan kekejaman dan serangan harian yang bertali arus daripada pihak penjajah Israel.

“Dan di saat semua kakitangan dan pihak pengurusan Aman Palestin di seluruh negara begitu sibuk dan tidak menang tangan untuk menguruskan bantuan kepada saudara-saudari kita di Palestin, ia harus berhadapan dengan fitnah dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab di kampung halaman sendiri,” kata Aman Palestin.

Aman Palestin turut menuntut mana-mana pihak cuba membuat tuduhan, tohmahan dan fitnah liar, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab mengemukakan sebarang bukti kukuh yang boleh mensabitkan pertubuhan itu dengan salah laku, rasuah, penipuan, penyelewengan, penggelapan wang, “scamming” dan seumpamanya.

“Aman Palestin juga menyeru supaya umat Islam, para penyumbang dan para pendukung tidak terpengaruh dengan sebarang percubaan untuk mengelirukan mengenai khidmat dan aktiviti bantuan kemanusiaan melalui Aman Palestin dan tetap konsisten menghulurkan bantuan secara ikhlas dan yakin,” kata Aman Palestin dalam kenyataan itu.

Semalam, Facebook dengan nama PROmediaTAJDID memuat naik kenyataan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis yang berpendapat ada hal-hal yang tidak jelas dan menimbulkan persoalan berhubung dengan kutipan Tabung Aman Palestin.

Kenyataan itu berkata terdapat aduan diterima daripada beberapa pihak meminta agar pertubuhan itu disiasat berkaitan  wang kutipan dipungut dan dikumpulkan selama ini.

“Untuk itu, pihak Jabatan ini ingin memberikan pandangan agar pihak Jabatan tuan tidak membenarkan pertubuhan tersebut itu membuat kutipan di premis-premis agama Islam di Negeri ini sehingga siasatan dan kepastian diperolehi,” kata kenyataan itu bertarikh 24 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Aman Palestin memaklumkan ia mendapat surat kebenaran untuk memungut derma khairat di negeri itu dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis bertarikh 7 Jun 2023.

Katanya, untuk tujuan tersebut pengurusan Aman Palestin negeri Perlis meletakkan tabung-tabung derma di premis-premis perniagaan, institusi-institusi Agama dan Pendidikan dan sebagainya. 

“Kutipan derma ini berjalan tanpa sebarang masalah sehinggalah perhatian Aman Palestin dirujukkan kepada status portal media di atas.

“Aman Palestin merasa terkejut dan hairan apabila membaca kenyataan Mufti Perlis melalui isi kandungan surat yang dipaparkan,” katanya yang menuntut penjelasan pihak Mufti Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis rentetan perkara itu. —- The Merdeka Times

Sumber : Aman Palestin – AP , PROmediaTAJDID

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *