Terkini
SPRM buka siasatan terhadap Aman Palestin
Siasatan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
- Siasatan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan yang mengatakan wang dikutip telah disalahgunakan.
- “Jadi, dalam siasatan kita perlu lihat dari mula wang dana dibuat dan ke mana wang dibelanjakan dan adakah mereka ikut peraturan undang-undang ditetapkan di negara kita ini dalam membelanjakan wang berkenaan.
- “Kita belum memanggil (Aman Palestin) tapi, kerjasama dari pihak Aman Palestin dari pihak direktor kerana di peringkat sekarang ini kita belum temukan banyak maklumat yang perlu kita kaji…dan saya boleh katakan kita perlu buat forensik,” katanya.
KUALA LUMPUR – Siasatan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Aman Palestin melibatkan cara bagaimana pungutan wang dibuat serta bagaimana wang itu dibelanjakan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, langkah berkenaan diambil susulan terdapat dakwaan yang mengatakan wang dikutip telah disalahgunakan.
“Jadi, dalam siasatan kita perlu lihat dari mula wang dana dibuat dan ke mana wang dibelanjakan dan adakah mereka ikut peraturan undang-undang ditetapkan di negara kita ini dalam membelanjakan wang berkenaan.
“Kita belum memanggil (Aman Palestin) tapi, kerjasama dari pihak Aman Palestin dari pihak direktor kerana di peringkat sekarang ini kita belum temukan banyak maklumat yang perlu kita kaji…dan saya boleh katakan kita perlu buat forensik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan International Anti-Bribery Anti-Corruption Summit 2023 (ABAC), di sini, hari ini.
Menurut Azam, di peringkat penyiasatan forensik, pihaknya belum merakam percakapan namun telah menyoal siasat saksi-saksi dan mendapat penjelasan terutama sekali dari pihak yang terlibat dalam mengurus perbelanjaan.
Sebelum ini, Azam berkata, SPRM telah memulakan siasatan ke atas Aman Palestin berhubung aktiviti pengumpulan derma oleh badan bukan kerajaan tersebut untuk rakyat Palestin.
Katanya, SPRM berkuasa untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam media meskipun tiada aduan formal dibuat.
Sumber SPRM pula mengesahkan, Aman Palestin merupakan satu-satunya badan bukan kerajaan yang berdepan siasatan kerana ada dakwaan salah guna dana kutipan derma dan ketidaktelusan dalam laporan audit.
Terdahulu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Perlis menegah kutipan derma oleh Aman Palestin di surau dan masjid di Perlis.
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia