Connect with us

Antarabangsa

Pihak berkuasa lambat bertindak, Institut Islam di London Barat dibakar pelaku vandalisme

Institut Al Falah di Hayes, London Barat, yang terkenal sebagai pusat komuniti wanita Muslim menjadi sasaran vandalisme yang berakhir dengan kebakaran institut itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pihak berkuasa lambat bertindak, Institut Islam di London Barat dibakar pelaku vandalisme
Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Institut Al Falah di Hayes, London Barat, yang terkenal sebagai pusat komuniti wanita Muslim menjadi sasaran vandalisme yang berakhir dengan kebakaran institut itu.
  • Media melaporkan individu-individu yang tidak dikenal pasti memasuki institut itu pada 26 September lalu, merompak harta benda dan meninggalkan premis itu dalam keadaan huru-hara.
  • Pencerobohan dan penggeledahan institut itu pada pagi Selasa minggu lalu menyumbang kepada kerugian kerosakan harta benda bernilai ribuan pound sterling, lapor MyLondon.
  • Pihak berkuasa yang dihubungi dan dimaklum mengenai pencerobohan itu berkata mereka terlalu sibuk untuk hadir pada ketika itu, berjanji untuk ke tempat kejadian awal keesokan harinya.
  • Malangnya, tindak balas lewat itu ternyata dibayar dengan harga yang tinggi apabila penjenayah kembali pada lewat malamnya, menyalakan api sekaligus membakar premis itu.

Institut Al Falah di Hayes, London Barat, yang terkenal sebagai pusat komuniti wanita Muslim menjadi sasaran vandalisme yang berakhir dengan kebakaran institut itu.

S2J News melaporkan individu-individu yang tidak dikenal pasti memasuki institut itu pada 26 September lalu, merompak harta benda dan meninggalkan premis itu dalam keadaan huru-hara.

Pencerobohan dan penggeledahan institut itu pada pagi Selasa minggu lalu menyumbang kepada kerugian kerosakan harta benda bernilai ribuan pound sterling, lapor MyLondon.

Pihak berkuasa dihubungi dan dimaklumkan mengenai pencerobohan itu berkata mereka terlalu sibuk untuk hadir pada ketika itu, berjanji untuk ke tempat kejadian awal keesokan harinya.

Malangnya, tindak balas lewat itu ternyata dibayar dengan harga yang tinggi apabila penjenayah kembali pada lewat malamnya, menyalakan api sekaligus membakar premis itu.

Kebakaran berlaku menyebabkan kerosakan besar harta benda turut memperlihatkan beberapa bahagian bangunan institut itu runtuh.

Hampir ratusan teks al-Quran serta kitab-kitab digunakan oleh pelajar-pelajar institusi itu turut terbakar.

Institut Al Falah selama bertahun-tahun menjadi tempat asas komuniti setempat menawarkan pelbagai perkhidmatan dan program untuk memupuk pendidikan, perpaduan dan persefahaman budaya.

Di luar pendidikan agama, Al Falah terkenal dengan komitmennya melibatkan masyarakat dengan penganjuran aktiviti ‘kopi pagi’ yang menghimpunkan ahli masyarakat setempat, tanpa mengira latar belakang agama.

Serangan pembakaran ke atas Institut Al Falah itu menzahirkan keperluan mendesak untuk perpaduan dan kesatuan pendirian menentang kebencian dan keganasan.

Sumber: MyLondon, S2J News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *