Terkini
Perjuangkan Palestin, Anwar tidak tunduk ugutan negara Barat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
- Beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.
- “Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.
- “Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasi, mana dia kemanusiaan apakah kemanusiaan hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, di Stadium Axiata Bukit Jalil, semalam.
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak takut dengan ugutan dan tekanan negara barat kerana pendiriannya yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Menurutnya, beliau sama sekali tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan bagi memperjuangkan kebebasan buat Palestin daripada penindasan serta pembunuhan oleh rejim Zionis.
“Saya dikritik, mula diserang beberapa kalangan Amerika Syarikat, Eropah dan Israel. Waspada saya beritahu, selagi saya diberi mandat oleh rakyat saya tidak terima ugutan itu, kita lawan tetap lawan.
“Ini saya nak tekankan, saya terima banyak teguran, ugutan… saya sebut kamu salah pilih orang.
“Saya tegaskan Malaysia negara bebas dan merdeka. Malaysia akan kekal negara berdaulat yang kekalkan kebebasan dan kebebasan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, di Stadium Axiata Bukit Jalil, semalam.
Anwar berkata, dalam sejarah Malaysia, selalunya kerajaan hanya mengeluarkan kenyataan dari jauh tetapi ini kali pertama dengan semangat denyut nadi, beliau menjelajah ke negara Arab bagi bertemu kepimpinan dunia Islam untuk menyatakan sokongan bagi menghentikan serangan rejim Zionis terhadap Palestin.
“Saya menyampaikan mesej Malaysia ketika bertemu Putera Mahkota, merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Salman, Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin Islam lain.
“Biar kita sepakat kali ini, dunia Islam jangan lesu mesti bangkit pertahankan bumi Palestin. Mana dia demokrasi, mana dia hak asasi, mana dia kemanusiaan apakah kemanusiaan hanya untuk orang kulit putih dan hamba abdi bagi orang kulit hitam,” katanya.
Beliau berkata, Presiden Mesir juga memberitahu negara manapun yang ingin menghantar bantuan pihaknya akan terima dan membantu membawa masuk ke Gaza untuk penduduk di sana.
“Ubat tidak cukup, susu bayi tidak cukup, bekalan elektrik dipotong dan terputus air minuman tetapi di tahun 2023 masih ada manusia bercakap soal tamadun kemanusiaan, hak asasi tetapi masih ada yang kebuluran.
“Saya juga bertambah terkesan hasil pertemuan dengan negara Arab itu semuanya memberi penghormatan tinggi kepada Malaysia…makanya mereka mengharapkan kita buat sesuatu yang lebih lagi,” katanya.
Terdahulu, kira-kira 16,000 peserta membanjiri stadium terbabit sambil mengenakan pakaian serba putih sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin.
Acara dimulakan dengan solat berjemaah yang dipimpin oleh seorang imam Palestin, Rami Sousi, sebelum sesi ucapan.
Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, dan beberapa orang duta negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas