Antarabangsa
Paderi Katolik boleh ‘berkati’ pasangan sejenis – Pope Francis
Pope Francis mencadangkan perkahwinan pasangan homoseksual atau pasangan sejenis boleh diberkati paderi Katolik tetapi bergantung kepada kes dan keadaan.
- Pope Francis mencadangkan perkahwinan pasangan homoseksual atau pasangan sejenis boleh diberkati paderi Katolik tetapi bergantung kepada kes dan keadaan.
- Berkenaan isu itu, Pope berkata gereja hanya mengiktiraf “sesuatu perkahwinan itu sebagai penyatuan di antara lelaki dan wanita”, tetapi dalam surat itu difahami turut membuka pintu supaya penyatuan individu sesama jantina boleh diberkati paderi.
- Respon Pope kelihatan bercanggah dengan kenyataannya pada Mac lalu yang mengatakan gereja tidak boleh memberkati perkahwinan sejenis kerana mereka “tidak boleh memberkati dosa”.
- Perkembangan itu seolah-olah persetujuan terhadap tindakan Gereja Jerman yang dijalankan Ogos lalu, di mana perkahwinan sejenis direstui Katolik seperti dijalankan beberapa paderi di bandar Cologne.
Pope Francis mencadangkan perkahwinan pasangan homoseksual atau pasangan sejenis boleh diberkati paderi Katolik tetapi bergantung kepada kes dan keadaan.
Berkenaan isu itu, Pope berkata gereja hanya mengiktiraf “sesuatu perkahwinan itu sebagai penyatuan di antara lelaki dan wanita”, tetapi dalam surat itu difahami turut membuka pintu supaya penyatuan individu sesama jantina boleh diberkati paderi.
CNN melaporkan respon Pope itu kelihatan bercanggah dengan kenyataannya pada Mac lalu yang mengatakan gereja tidak boleh memberkati perkahwinan sejenis kerana mereka “tidak boleh memberkati dosa”.
Perkembangan itu seolah-olah persetujuan terhadap tindakan Gereja Jerman yang dijalankan Ogos lalu, di mana perkahwinan sejenis direstui Katolik seperti dijalankan beberapa paderi di bandar Cologne.
Pope mencadangkan perkara itu dalam surat kepada pengkritiknya dalam menjawab lima kardinal konservatif dengan soalan rasmi yang dilabel “dubia” (bermaksud “keraguan” dalam latin).
“Dubia” merupakan permohonan jawapan rasmi berbentuk “ya atau tidak” yang diajukan kepada ketua kepimpinan yang bertanggungjawab berkaitan urusan gereja.
Kardinal terlibat iaitu Walter Brandmuller, Raymond Leo Burke, Juan Sandoval Iniguez, Robert Sarah dan Joseph Zen Ze-kiun, mula menghantar surat mereka kepada Pope Francis pada 10 Julai lalu.
Persoalan diajukan adalah berkaitan dengan mesyuarat uskup yang dijadualkan pada Oktober ini serta pertanyaan impaknya terhadap ajaran-ajaran gereja, persoalan berkaitan memberkati perkahwinan sejenis serta adakah Pope bercadang membuka pintu bagi paderi wanita ditahbiskan.
Tidak berpuas hati dengan respon awal diterima mereka, catatan blog Kardinal Amerika, Raymond Burke memaklumkan lima kardinal itu menulis dan menghantar semula “dubia” pada 21 Ogos lalu.
Sumber: CNN