Antarabangsa
Israel perlu salahkan dirinya atas serangan pejuang Palestin – Arab Saudi, Qatar dan Iran
Arab Saudi, Qatar dan Iran menyalahkan rejim Israel kerana menyemarakkan konflik dengan Palestin yang menyaksikan negara haram itu diserang buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun oleh kumpulan pejuang Palestin pada Sabtu lalu.
- Arab Saudi, Qatar dan Iran menyalahkan rejim Israel kerana menyemarakkan konflik dengan Palestin yang menyaksikan negara haram itu diserang buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun oleh kumpulan pejuang Palestin pada Sabtu lalu.
- Pejuang Hamas menjalankan operasi Taufan Al-Aqsa ke atas pasukan Israel dan penempatan haram yang setakat ini menyaksikan angka korban di kedua-dua belah pihak selepas rejim haram Israel juga melancarkan serangan ke atas Gaza.
- Amerika Syarikat (AS), Eropah dan negara sekutu Israel yang lain mengutuk serangan ke atas Israel, bagaimanapun ketiga-tiga negara Asia Barat itu mengkritik Israel atas penindasannya ke atas Palestin sejak sekian lama.
- Setakat ini, sekurang-kurangnya 600 tentera dan penduduk Israel maut, manakala lebih 370 warga Palestin terbunuh dengan ribuan cedera dalam serangan udara dilancarkan rejim Israel ke atas Gaza.
Arab Saudi, Qatar dan Iran menyalahkan rejim Israel kerana menyemarakkan konflik dengan Palestin yang menyaksikan negara haram itu diserang buat pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun oleh kumpulan pejuang Palestin pada Sabtu lalu.
Pejuang Hamas menjalankan operasi Taufan Al-Aqsa ke atas pasukan Israel dan penempatan haram yang setakat ini menyaksikan angka korban di kedua-dua belah pihak selepas rejim haram Israel juga melancarkan serangan ke atas Gaza.
Amerika Syarikat (AS), Eropah dan sekutu Israel lain mengutuk serangan ke atas Israel, bagaimanapun ketiga-tiga negara Asia Barat itu mengkritik Israel atas penindasannya ke atas Palestin sejak sekian lama.
“Kerajaan Arab Saudi mengikuti rapat perkembangan situasi yang tidak pernah berlaku di antara beberapa fraksi Palestin dan pasukan penjajah Israel, yang mana menyebabkan keganasan di beberapa tempat,” demikian kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi dipetik The Hill.
Arab Saudi sebelum ini berulang kali memberi amaran mengenai bahaya mengundang ekoran penjajahan berterusan, penafian hak warga Palestin dan pengulangan provokasi sistematik Israel ke atas Palestin, kata kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika Arab Saudi dan Israel dalam usaha menormalisasikan hubungan kedua-dua negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan galakan sekutu rapat Israel, AS.
Penasihat kanan kerajaan Iran pada Sabtu menyatakan sokongannya kepada gerakan berpangkalan di Gaza itu.
“Kami mengucapkan tahniah kepada pejuang Palestin,” kata penasihat kanan Iran, Yahya Rahim Safavi menurut laporan media tempatan republik Islam itu yang memetik laporan agensi berita Reuters.
“Kami akan berdiri di belakang pejuang Palestin hinggalah pembebasan Palestin dan Baitulmaqdis Timur (Jerusalem),” katanya.
Kementerian Luar Qatar dalam kenyataannya pada Sabtu turut menyalahkan rejim Israel atas perkembangan terkini konflik Palestin-Israel yang mana menurutnya berlaku akibat penindasan berterusan ke atas hak warga Palestin, termasuk pencerobohan berterusan ke atas Masjid al-Aqsa.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 600 tentera dan penduduk Israel maut, manakala lebih 370 warga Palestin terbunuh dengan ribuan cedera dalam serangan udara dilancarkan rejim Israel ke atas Gaza.
Jumlah maut dan cedera dijangka meningkat dari semasa ke semasa ekoran rejim Israel mula melancarkan perang pada skala besar-besaran di wilayah Palestin, membabitkan serangan udara dan ketumbukan kereta kebal, susulan serangan mengejut operasi Taufan al-Aqsa pejuang Hamas bermula Sabtu lalu. – The Merdeka Times
Sumber: The Hill