Connect with us

Terkini

“Generasi belia FELDA,usah lupa jasa BN” – Ahmad Maslan

Generasi belia FELDA dinasihat tidak melupakan jasa Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu keluarga peneroka keluar daripada kepompong kemiskinan selama bergenerasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Generasi belia FELDA,usah lupa jasa BN” – Ahmad Maslan
Foto: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • “Saya mengharapkan generasi kedua dan ketiga mengingati bahawa generasi ayah dan ibu mereka, generasi datuk dan nenek mereka yang berasal dari yang berada dalam kemiskinan tegar, dihapuskan.” – Datuk Seri Ahmad Maslan
  •  Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan bahawa FELDA bukan lagi kubu kuat UMNO dan BN, memandangkan generasi kedua dan ketiga bahkan ada dalam kalangan generasi pertama peneroka beralih sokongan dengan mengundi Perikatan Nasional.

BENTONG: Generasi belia FELDA dinasihat tidak melupakan jasa Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu keluarga peneroka keluar daripada kepompong kemiskinan selama bergenerasi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata demikian bagi mengulas dakwaan mengatakan generasi kedua dan ketiga FELDA tidak lagi ‘bersama’ BN sebagai ‘simpanan tetap’ kerana cenderung memilih Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, beliau berharap generasi belia FELDA mengenang sumbangan pemimpin UMNO terdahulu seperti Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein selaku pencetus idea penubuhan lembaga kemajuan tanah itu.

“Saya tahu tentang FELDA sebab saya pernah jaga FELDA selama lapan tahun. Selama tiga tahun setengah menjadi Pengarah Serantau FELDA di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan selama empat tahun menjadi Timbalan Menteri yang menjaga FELDA. Jadi saya faham isu FELDA, isu generasi FELDA.

“Saya mengharapkan generasi kedua dan ketiga mengingati bahawa generasi ayah dan ibu mereka, generasi datuk dan nenek mereka yang berasal dari yang berada dalam kemiskinan tegar, dihapuskan.

“Ia dengan cara mereka diberikan 10 ekar tanah dan diberikan tapak rumah suku ekar termasuk rumah. Itu adalah jasa yang tidak akan terpadam selama-lamanya kerana generasi kedua, ketiga bahkan keempat mewarisi apa yang diberikan.

“Sebelum ini 112,000 keluarga miskin tegar dihapuskan dengan mewujudkan skim Felda,” katanya ditemui pada program ceramah dekat Kampung Hayat di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan bahawa FELDA bukan lagi kubu kuat UMNO dan BN, memandangkan generasi kedua dan ketiga bahkan ada dalam kalangan generasi pertama peneroka beralih sokongan dengan mengundi Perikatan Nasional.

Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan trend sokongan ditunjukkan mengambil kira keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15 yang tidak memihak kepada UMNO.

Sementara itu, memasuki minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Ahmad berharap calon BN, Datuk Amizar Abu Adam diberi kepercayaan untuk mengekalkan penguasaan parti yang seiring dengan Kerajaan Perpaduan mahupun Kerajaan Negeri.

“Kalau ada pembangkang 80 penggal lagi lah tidak ada (pembangunan di Pelangai). Kalau kerajaan di kawasan luar bandar begini lapan penggal keadaannya begini maka kalau pembangkang 80 penggal keadaannya lagi teruk.

“Untuk kawsan ini, pembangkang tidak ada faedah. Kalau kerajaan tentulah di bawah kepimpinan baharu iaitu Menteri Besar berbeza dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) berbeza, tentu caranya berbeza. Sebab dia bukan (diwakili) orang sama,” katanya.

Penjelasan itu sebagai menjawab dakwaan bahawa Tan Sri Adnan Yaakob yang pernah berkhidmat selama 36 tahun sebagai ADUN Pelangai dan juga bekas Menteri Besar Pahang tidak membawa sebarang kemajuan ketara di kawasan terbabit.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *