Terkini
Peneroka haram Israel bakar sekolah Palestin di selatan Hebron
Sekumpulan peneroka haram Israel bertindak membakar sebuah sekolah rendah warga Palestin di selatan Hebron, mengakibatkan kemusnahan tiga bilik darjah, demikian lapor agensi berita WAFA.
- Sekumpulan peneroka haram Israel bertindak membakar sebuah sekolah rendah warga Palestin di selatan Hebron, mengakibatkan kemusnahan tiga bilik darjah, demikian lapor agensi berita WAFA.
- Menurut sumber tempatan di perkampungan Zanota, tindakan peneroka yang membakar bilik darjah di Sekolah Rendah Campuran Zanota itu cubaan kedua pembakaran pusat pendidikan itu.
- Middle East Monitor melaporkan bahawa mereka juga bertindak menyerang secara fizikal pekerja wanita di sekolah itu.
- Kementerian Pendidikan Palestin mengecam pembakaran sekolah itu dan melabelkannya sebagai satu lagi jenayah dalam beberapa siri salah laku berterusan kumpulan pendudukan haram Israel terhadap institusi pendidikan di Palestin.
Sekumpulan peneroka haram Israel bertindak membakar sebuah sekolah rendah warga Palestin di selatan Hebron, mengakibatkan kemusnahan tiga bilik darjah, demikian lapor agensi berita WAFA.
Menurut sumber tempatan di perkampungan Zanota, tindakan peneroka yang membakar bilik darjah di Sekolah Rendah Campuran Zanota itu cubaan kedua pembakaran pusat pendidikan itu.
Middle East Monitor turut melaporkan bahawa mereka juga bertindak menyerang secara fizikal pekerja wanita di sekolah itu.
Kementerian Pendidikan Palestin mengecam pembakaran sekolah itu dan melabelkannya sebagai satu lagi jenayah dalam beberapa siri salah laku berterusan kumpulan pendudukan haram Israel terhadap institusi pendidikan di Palestin.
Kementerian memperakui bahawa serangan dicetuskan hanya sehari setelah Hari Kanak-Kanak Sedunia itu mendedahkan sikap diskriminasi pentadbiran haram Israel dengan sasaran untuk menyebarkan ketakutan dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.
Ia turut merayu kepada institusi dan organisasi hak asasi manusia antarabangsa yang bertanggungjawab melindungi hak kanak-kanak untuk campurtangan dan tamatkan pencabulan yang mereka alami.
Israel menjajah Tebing Barat sejak 1967, pencabulan hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa terhadap warga Palestin sudah menjadi perkara biasa, kata pertubuhan-pertubuhan hak asasi, dipetik Middle East Monitor.
WAFA juga melaporkan peningkatan serangan peneroka haram Israel disokong tentera pengganas ke atas penduduk kampung serta harta benda mereka telah mengakibatkan paksaan pemindahan seramai 36 keluarga.
Sumber: Middle East Monitor
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times