Connect with us

Terkini

Wan Ji dipenjara 9 bulan terbit perkataan hina Sultan Selangor

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, hampir 11 tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Wan Ji dipenjara 9 bulan terbit perkataan hina Sultan Selangor
Foto: Pendakwah Bebas, Wan Ji Wan Hussin (kanan).
  • Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, hampir 11 tahun lalu.
  •  Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan akhir Wan Ji terhadap sabitan.
  • “Kalau hendak bagi nasihat agama sekalipun, guna perkataan yang baik-baik barulah orang dengar. Jangan guna perkataan tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, raja, perkauman). Hati-hati dengan perkataan sensitif ini,” ujar hakim itu.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin menjalani hukuman penjara sembilan bulan atas kesalahan menerbitkan perkataan menghasut dan menghina Sultan Selangor, hampir 11 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan akhir Wan Ji terhadap sabitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuannya terhadap hukuman dan mengetepikan penjara setahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Julai 2019.

Dengan keputusan itu, Wan Ji, 41, diperintah menjalani hukuman penjara sembilan bulan bermula hari ini. Keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018, dikembalikan.

Hakim Hadhariah ketika membacakan keputusan itu berpuas hati, rayuannya terhadap sabitan tidak mempunyai merit kerana terdapat banyak keterangan yang menunjukkan perayu (Wan Ji) adalah pemilik laman Facebook tersebut.

Pada hemat panel itu, tidak ada apa-apa yang salah mengenai Akta Hasutan 1948 yang didakwa oleh perayu (Wan Ji) sebagai tidak berperlembagaan.

“Kebebasan bersuara tidak bermaksud kita boleh bercakap sesuka hati. Perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook tersebut memang tidak sesuai.

Advertisement

“Kalaulah kita ini genius sekali pun dalam bab agama, jangan kita meperlekehkan orang lain. Lagi pandai, kita kena lagi tunduk.

“Kalau hendak bagi nasihat agama sekalipun, guna perkataan yang baik-baik barulah orang dengar. Jangan guna perkataan tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, raja, perkauman). Hati-hati dengan perkataan sensitif ini,” ujar hakim itu.

Hakim Hadhariah selanjutnya berpendapat, kebebasan bersuara bukan hak mutlak untuk seseorang bercakap sesuka hati kerana masih ada batas yang perlu dijaga.

Dalam prosiding itu, peguam Muhammad Faiz Fadzil mewakili Wan Ji manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling.

Wan Ji didakwa menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Advertisement

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Dia dihadapkan ke mahkamah pada 10 September 2014 sebelum didapati bersalah di akhir perbicaraan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 9 April 2018.

Pada 14 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Hakim Vazeer ketika menyampaikan keputusan tersebut berpuas hati bahawa panel itu tidak mempunyai bidang kuasa merujuk ke Mahkamah Persekutuan persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Wan Ji.

Mahkamah berpendapat, sebarang persoalan undang-undang yang dibangkitkan boleh dihujahkan dalam pendengaran rayuan penuh yang akan ditetapkan kelak asalkan ia terkandung dalam petisyen rayuan.

Advertisement

Sumber : Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending