Terkini
Umur persaraan hakim syarie dicadang 66 tahun – Menteri Agama
Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di seluruh negara dicadang dinaikkan kepada 66 tahun berbanding 60 tahun ketika ini selaras dengan umur persaraan hakim Mahkamah Sivil di negara ini.

- Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di seluruh negara dicadang dinaikkan kepada 66 tahun berbanding 60 tahun selaras umur persaraan hakim Mahkamah Sivil di negara ini.
- Menteri Agama, Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu diteliti selaras keperluan semasa dan penambahbaikan institusi kehakiman syariah di negara ini.
- Beliau berkata, Tun Juhar mencadangkan umur persaraan hakim syarie di Sabah dan negeri lain di sama rata dengan umur persaraan hakim mahkamah sivil ketika ini iaitu 66 tahun.
- “Ini kerana pada masa ini umur persaraan bagi hakim syarie bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara adalah 60 tahun,” katanya.
- Beliau berkata, menerusi cadangan itu diyakini memperkasakan lagi mahkamah syariah, memastikan hakim terus menyumbang kepada perkembangan perundangan kehakiman syariah di Sabah dan seluruh negara.
KOTA KINABALU: Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di seluruh negara dicadang dinaikkan kepada 66 tahun berbanding 60 tahun ketika ini selaras dengan umur persaraan hakim Mahkamah Sivil di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata perkara itu akan diteliti selaras keperluan semasa dan penambahbaikan institusi kehakiman syariah di negara ini.
Katanya, perkara itu juga adalah antara yang disuarakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika kunjungan hormat di Istana Seri Kinabalu, di sini, semalam.
Beliau berkata, Tun Juhar mencadangkan agar umur persaraan hakim syarie di Sabah dan di negeri lain di sama rata dengan umur persaraan hakim mahkamah sivil ketika ini iaitu 66 tahun.
“Ini kerana pada masa ini umur persaraan bagi hakim syarie bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara adalah 60 tahun,” katanya.
Beliau berkata, menerusi cadangan itu ia diyakini dapat memperkasakan lagi mahkamah syariah selain memastikan hakim dapat terus menyumbang kepada perkembangan perundangan kehakiman syariah di Sabah dan seluruh negara.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, lebih RM64 juta peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun ini diagihkan di Sabah menerusi imbuhan tahunan dan elaun kepada 6,857 guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir.
Katanya, peruntukan itu bagi pembayaran imbuhan sebanyak RM850 sebulan kepada 1,699 imam; RM900 sebulan elaun kepada 421 guru takmir dan elaun sebanyak RM1,261.35 sebulan kepada 2,490 guru KAFA.
“Selain itu, peruntukan itu juga merangkumi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM232.80 setahun kepada 4,367 imam, bilal, siak dan guru takmir.
“Peruntukan ini juga termasuk bayaran khas One-Off sebanyak RM600 kepada 1,699 imam, 2,247 bilal dan siak; 421 guru takmir dan 2,490 guru KAFA,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak