Connect with us

Terkini

Segelintir pengamal media langgar prinsip Rukun Negara – Pegawai MCMC

Segelintir pengamal media terutama dari platform digital melanggar prinsip rukun negara dengan menyampaikan berita palsu, sekali gus membina tanggapan negatif dalam minda masyarakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Segelintir pengamal media langgar prinsip Rukun Negara – Pegawai MCMC
Foto: Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Zulkarnain Mohd Yassin.
  • Segelintir pengamal media terutama dari platform digital melanggar prinsip rukun negara dengan menyampaikan berita palsu, sekali gus membina tanggapan negatif dalam minda masyarakat, kata Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Zulkarnain Mohd Yassin.
  • Zulkarnain berpendapat kebencian akan sentiasa terpupuk jika kandungan disampaikan tertumpu tentang ancaman, sekaligus gagal mewujudkan perpaduan bangsa.
  • “Ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani. Sebab itu seperti soalan, adakah kritik itu salah, tidak salah asalkan ia sesuatu yang mempunyai asas menghormati kejujuran, menghormati untuk menambah baik kekurangan yang ada sekarang di dalam kepimpinan negara ini,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
  • Beliau menjelaskan MCMC tidak berniat untuk menyekat kebebasan, namun mengambil pendekatan dengan mengadakan perbincangan dan melihat perspektif dari sudut berbeza sebelum tindakan diambil.

KUALA LUMPUR – Segelintir pengamal media terutama dari platform digital melanggar prinsip rukun negara dengan menyampaikan berita palsu, sekali gus membina tanggapan negatif dalam minda masyarakat.

Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Datuk Zulkarnain Mohd Yassin berpendapat, kebencian akan sentiasa terpupuk jika kandungan disampaikan tertumpu tentang ancaman, sekaligus gagal mewujudkan perpaduan bangsa.

“Ini adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu ditangani. Sebab itu seperti soalan, adakah kritik itu salah, tidak salah asalkan ia sesuatu yang mempunyai asas menghormati kejujuran, menghormati untuk menambah baik kekurangan yang ada sekarang di dalam kepimpinan negara ini,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

Dalam pada itu katanya, kebebasan media di negara ini perlu menitikberatkan penyampaian berita yang dapat memperkukuh kasih sayang dalam masyarakat.

Beliau menjelaskan, pihak MCMC tidak berniat untuk menyekat kebebasan namun mengambil pendekatan dengan mengadakan perbincangan dan melihat perspektif dari sudut berbeza sebelum tindakan diambil.

“Dari satu aspek kita boleh teruskan sahaja dengan mengambil tindakan dan pendakwaan tetapi kita mengambil pendekatan mengadakan perbincangan jadi itu mungkin tidak dilihat.

“Masyarakat sekarang sangat judgemental, itu yang menjadi masalah. Kita mahu melihat masyarakat kita yang aman serta tiada masalah di dalam masyarakat hormat-menghormati termasuk,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Author