Terkini
PPMM, TMT kerjasama didik masyarakat celik undang-undang
Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan portal The Merdeka Times (TMT) hari ini menjalinkan kerjasama bagi mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat di negara ini supaya lebih celik undang-undang.
- Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan portal The Merdeka Times (TMT) hari ini menjalinkan kerjasama bagi mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat di negara ini supaya lebih celik undang-undang.
- Pengasas dan strategist TMT, Firdaus Wong Wai Hung berkata, ini kerana apabila berlaku sesuatu isu perundangan, terma yang digunakan kebiasaannya dilihat terlalu teknikal dan sukar difahami masyarakat.
- “So the goal of this collaboration is to make people understand (Matlamat kerjasama ini adalah untuk membuatkan orang ramai lebih faham dalam isu perundangan). Khidmat para peguam diperlukan untuk menjelaskan perkara berkenaan undang-undang kepada awam,” kata Firdaus Wong selepas sesi perbincangan bersama PPMM di TMT di sini hari ini.
- Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki berkata pihaknya akan memberi sokongan dan komitmen dalam menjayakan kerjasama itu bagi memanfaatkan platform media dalam mendidik dan menyuntik kesedaran awam tentang isu perundangan.
KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan portal The Merdeka Times (TMT) hari ini menjalinkan kerjasama bagi mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat di negara ini supaya lebih celik undang-undang.
Pengasas dan strategist TMT, Firdaus Wong Wai Hung berkata, ini kerana apabila berlaku sesuatu isu perundangan, terma yang digunakan kebiasaannya dilihat terlalu teknikal dan sukar difahami masyarakat.
Katanya, situasi itu membuatkan masyarakat tidak dapat memahami isu tersebut dengan jelas lantas memberi pelbagai reaksi berdasarkan fahaman mereka.
“When it comes to law, too many technical terms like prima facie, DNAA dan lepas tanpa bebas. Masyarakat tidak faham terma undang-undang yang terlalu teknikal sebegini.
“Proses perundangan mereka juga tidak faham. Betapa lamanya sesuatu proses perundangan dan mahkamah itu berjalan. Boleh makan sehingga bertahun-tahun. So the goal of this collaboration is to make people understand (Matlamat kerjasama ini adalah untuk membuatkan orang ramai lebih faham dalam isu perundangan).
“Khidmat para peguam diperlukan untuk menjelaskan perkara berkenaan undang-undang kepada awam,” kata Firdaus Wong selepas sesi perbincangan bersama PPMM di TMT di sini hari ini.
Senada dengan Firdaus Wong, Presiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki berkata pihaknya akan memberi sokongan dan komitmen dalam menjayakan kerjasama itu bagi memanfaatkan platform media dalam mendidik dan menyuntik kesedaran awam tentang isu perundangan. – The Merdeka Times